Utusan Borneo (Sarawak)

Pamer dengan jelas senarai, harga barang dalam hamper

-

Peniaga diingatkan agar mempamerka­n dengan jelas senarai serta harga barang dalam hamper yang dijual bagi memudahkan pengguna.

Ketua Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Sibu Roslee Maslie berkata, setakat ini kementeria­n itu belum menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung perkara itu.

“Namun, kita menasihati peniaga mempamerka­n senarai serta harga barang dengan jelas setiap hamper dijual,” katanya.

Sekiranya peniaga gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Roslee juga menasihati pengguna membuat pilihan bijak serta membanding­kan harga terlebih dahulu sebelum membeli hamper.

“Pengguna harus bijak membuat perbanding­an harga terlebih dahulu bagi memastikan mendapat hamper dengan tawaran terbaik,” jelasnya.

Beliau juga menasihati pengguna melaporkan den- gan KPDNHEP sekiranya ada peniaga tidak mempamerka­n senarai serta harga barang pada hamper dijual.

“Kita meminta semua peniaga mematuhi peraturan dan memberikan kerjasama,” katanya.

Menjelang sambutan Tahuan Baharu Cina (TBC) atau musim perayaan lain, hamper menjadi pilihan pengguna un- tuk diberikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan.

Disebabkan itu, peniaga mengambil kesempatan menjual hamper mengandung­i pelbagai jenis barang mengikut cita rasa pengguna.

Antara barang yang mendapat permintaan ialah barang makanan, sarang burung buah-buahan dan sebagainya.

 ??  ?? BANTU: Wakil Yayasan Sime Darby dan RCKC, Louis Yong (dua kiri) bersama penerima bantuan persekolah­an di SK Hulu Segan, Bintulu.
BANTU: Wakil Yayasan Sime Darby dan RCKC, Louis Yong (dua kiri) bersama penerima bantuan persekolah­an di SK Hulu Segan, Bintulu.
 ??  ?? MENDAPAT PERMINTAAN: Hamper mendapat sambutan daripada pengguna menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
MENDAPAT PERMINTAAN: Hamper mendapat sambutan daripada pengguna menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia