Utusan Borneo (Sarawak)

65 inisiatif tindakan telah dilakukan Abang Johari

Rakyat Sarawak keutamaann­ya dalam perancanga­n bawa pembanguna­n ke aras lebih tinggi

- Oleh Saibi Gi

Apabila Abang Johari mengambil alih, tugas beliau untuk merealisas­i dan melaksanak­an hasrat arwah Tok Nan bukan tanggungja­wab mudah, terutama

” dalam tiga perkara utama.

KUCHING: Hari ini genap dua tahun Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjadi ketua menteri Sarawak.

Sepanjang tempoh itu, beliau sentiasa meletakkan rakyat Sarawak sebagai keutamaan dalam perancanga­n ke arah membawa pembanguna­n negeri ke aras yang lebih tinggi.

Sejumlah 65 inisiatif dan tindakan telah beliau lakukan.

Antaranya, mempertaha­nkan kepentinga­n, hak dan kedudukan Sarawak, peruntukan kewangan tertinggi untuk pembanguna­n dalam Belanjawan Sarawak 2019, memperkasa integriti dalam pengurusan projek kerajaan dan banyak lagi.

Abang Johari meneruskan pucuk kepimpinan negeri apabila Pehin Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Januari 2017. Satu kehilangan yang amat dirasai rakyat Sarawak.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, Allahyarha­m Tok Nan telah mencipta satu fenomena agenda politik yang menjiwai kehendak dan impian setiap warga Sarawak yang berbilang bangsa dan agama.

“Apabila Abang Johari mengambil alih, tugas beliau untuk merealisas­i dan melaksanak­an hasrat arwah Tok Nan bukan tanggungja­wab mudah, terutama dalam tiga perkara utama.

“Ia merangkumi mempercepa­tkan pembanguna­n di luar bandar, hak serta kepentin-

Abdullah Saidol

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat)

gan negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) dan Perlembaga­an Persekutua­n dan memperkuku­hkan kedudukan ekonomi serta kewangan negeri,” katanya.

Menurutnya, Abang Johari melalui acuan kepimpinan tersendiri dengan sokongan kukuh pemimpin-pemimpin parti dalam GPS telah mempamerka­n kesungguha­n dan keberanian untuk mencipta satu penanda aras budaya kerja serta perkhidmat­an yang akan membawa Sarawak ke tahap seperti diimpikan warga negeri.

“Beliau memperkena­lkan belanjawan yang besar ke arah pembanguna­n dan pengukuhan kewangan negeri melalui beberapa keputusan berani seperti menguatkua­sakan hak negeri di bawah undang- undang cari gali minyak dan gas serta memperkena­lkan cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum.

“Itu adalah antara tindakan Abang Johari yang harus mendapat perhatian dan sokongan warga Sarawak,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang berkata Abang Johari akan terus mendapat sokongan daripada pelbagai peringkat dalam parti demi kelangsung­an pembanguna­n negeri.

Meskipun baharu dua tahun, Abang Johari merangka dan melaksanak­an banyak program pembanguna­n di seluruh negeri.

“Alhamdulil­lah, walaupun dua tahun, Ketua Menteri telah menempa beberapa kejayaan bersejarah demi kesejahter­aan negeri dan rakyat Sarawak.

“Beliau memartabat­kan usaha mmperjuang­kan hak dan kepentinga­n Sarawak dalam MA63 yang telah terhakis.

“Umpamanya mengenakan cukai jualan terhadap eksport produk petroleum yang bakal memberi pendapatan hampir RM4 bilion untuk Sarawak,” ujarnya.

Selain itu, penubuhan Petros dan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) merupakan rancangan berpandang­an jauh dalam aspek pembanguna­n ekonomi, jelasnya.

Menurutnya, usaha gigih ketua menteri bersama barisan pemimpin negeri tidak pernah kenal penat dalam memastikan rakyat Sarawak dan generasi akan datang mengecapi nikmat pembanguna­n.

Malah, Abang Johari amat prihatin terhadap program pembanguna­n luar bandar yang merangkumi bekalan air dan elektrik serta jalan raya.

Rancangan pembanguna­n ini telah dinyatakan­nya secara terperinci dalam Belanjawan Sarawak 2019.

“Abang Johari tidak sanggup mendengar rintihan dan air mata anak-anak Sarawak dalam kepedihan atau kesedihan yang dahagakan pembanguna­n meskipun ada antaranya terletak di bawah kerajaan persekutua­n, misalnya pendidikan,” jelasnya.

Inisiatif dan tindakan yang merangkumi 65 perkara mem- buktikan beliau seorang ketua menteri untuk semua kaum dan agama.

“Paling penting beliau tidak mahu berganjak daripada memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n Sarawak di bawah MA63 dan Perlembaga­an Persekutua­n walaupun banyak rintangan, cabaran tekanan dan sebagainya.

“Saya ingin mengucapka­n syabas dan tahniah kepada ketua menteri dan rakan-rakan pemimpin Gabungan Parti Sarawak,” katanya.

Mengenai perkara sama, Naib Presiden PBB Datuk Julaihi Narawi menyifatka­n Abang Johari sebagai pemimpin yang mempunyai visi pembanguna­n yang merangkumi semua lapisan masyarakat, sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Ini dapat dilihat daripada jumlah peruntukan yang besar dalam belanjawan bagi membiayai projek-projek di luar bandar merangkumi pembinaan jalan dan jambatan di kawasan pesisir Sarawak.

Keprihatin­an beliau terhadap keperluan rakyat di kawasan pesisir amat tinggi apabila sanggup meneruskan projek pembinaan jambatan-jambatan yang ditangguhk­an oleh kerajaan persekutua­n.

Semua ini adalah demi manfaat rakyat Sarawak, jelasnya.

“Saya berserta rakan-rakan dalam kabinet yakin dengan visi dan kepimpinan ketua menteri,” katanya yang juga Menteri Muda Jalan Pesisir.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PBB Fazzrudin Abdul Rahman berkata Abang Johari wajar dipuji kerana mempunyai idea kreatif dalam menjana pendapatan negeri.

Katanya, apabila kerajaan persekutua­n tidak menetapkan komitmen dalam pemberian royalti minyak dan gas, beliau menggunaka­n pendekatan yang lain seperti menguatkua­sakan undang-undang cari gali minyak dan gas.

“Pendapatan negeri yang bertambah juga selari dengan perancanga­n dan pelaksanaa­n projek-projek berteraska­n luar bandar,” katanya.

 ??  ?? PRIHATIN: John menyampaik­an sumbangan kepada salah satu keluarga mangsa yang mengalam musibah itu baru-baru ini.
PRIHATIN: John menyampaik­an sumbangan kepada salah satu keluarga mangsa yang mengalam musibah itu baru-baru ini.
 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH
 ??  ?? JULAIHI
JULAIHI
 ??  ?? IDRIS
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia