Utusan Borneo (Sarawak)

Program vaksinasi rabies di seluruh Sarawak capai lebih 50 peratus

-

Program vaksinasi rabies di seluruh Sarawak mencapai lebih 50 peratus iaitu anggaran melebihi daripada 109,300 anjing yang menerima suntikan anti-rabies.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Ambud Susin berkata, pihaknya turut menghantar pasukan dari setiap bahagian di negeri ini untuk melaksanak­an program tersebut.

Ia tegasnya, bagi mencapai sasaran lebih 70 peratus daripada populasi anjing disuntik vaksin rabies menjelang penghujung tahun ini.

“JPVS mahu menyasarka­n jika dapat, 100 peratus populasi anjing disuntik vaksin rabies kerana anjing akan membiak dan peratusan akan menurun.

“DVS akan fokus untuk menyuntik anjing bagi mencapai 70 peratus sebelum hujung tahun.

“Populasi anjing di seluruh Sarawak kini dianggarka­n sekitar 220,000 ekor tetapi ia dijangka bertambah sebagaiman­a yang kita tahu haiwan ini juga melahirkan anak anjing yang baharu,” katanya ketika dihubungi meminta komen Program Vaksinasi Rabies yang dijalankan di Dewan Serba Guna Taman Malihah di sini semalam.

Pada masa yang sama, program ‘Annual Vaccinatio­n’ juga telah dijalankan di Lundu, Bau, Serian dan sepanjang sempadan dengan Kalimantan sehingga ke Lubok Antu dengan menghantar pasukannya sejak 2 Disember 2018 hingga 10 Januari lepas.

Ia meliputi 10 hingga 20km lingkungan kawasan di persempada­nan Kalimantan-Sarawak melibatkan 44 kampung di Lundu dengan lebih 1,000 anjing telah mendapatka­n vaksin itu.

Seterusnya, akan diadakan di perkampung­an di kawasan Padawan yang melibatkan 52 kampung yang akan bermula awal Februari depan.

Beliau turut menasihati agar anjing yang berumur tiga bulan ke atas diwajibkan mendapatka­n vaksin berkenaan.

Orang ramai diwajibkan juga mengurung anjing masing- masing bagi mengelak anjing ditangkap dan denda ke atas pemilik anjing.

Bagi haiwan peliharaan kucing, pihaknya menasihati agar pemilik haiwan tersebut mendapatka­n suntikan rabies di klinik haiwan swasta yang berdekatan.

“Rabies merupakan wabak yang serius dan ia perlu ditangani dengan segera,” katanya.

Semalam sebanyak 105 anjing telah mendapatka­n suntikan vaksin rabies, daripadany­a 65 adalah dos pertama manakala 40 lagi untuk suntikan dos kedua di Taman Malihah di sini.

Penolong Pegawai Veterinar Kanan JPVS Ahtien Ijon mengesahka­n perkara terbabit dan menambah bahawa pihaknya telah menyediaka­n 50 botol (vial) vaksin rabies untuk keperluan mencapai 500 ekor anjing.

Program yang sama akan diadakan di Dewan Serba Guna SUPP, Tupong pada 19 Januari ini bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

 ??  ?? CEGAH RABIES: Kelihatan semua petugas JPVS sibuk melaksanak­an tugas masing-masing semalam.
CEGAH RABIES: Kelihatan semua petugas JPVS sibuk melaksanak­an tugas masing-masing semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia