Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki lapor polis dakwa dianiaya sepanjang tempoh reman

-

Seorang lelaki tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu semalam selepas mendakwa dirinya dianiaya dengan tindakan polis sepanjang tempoh tahanan reman.

Mohamad Asfia Haris ditemani kumpulan media bebas pro-Parti Islam Se-Malaysia (PAS) iaitu Hanisya Abdul Hamid, Ahmad Nawawi dan Nor Hisyam Ahmad.

Ketika ditemui pemberita, Asfia turut menyatakan keputusan ujian saringan air kencing ke atasnya menunjukka­n positif dadah adalah tidak tepat.

“Untuk makluman, tujuan saya membuat laporan polis atas pembelaan diri.

“Setelah mendapat nasihat peguam saya, saya menjalani ujian air kencing di sebuah makmal di Jalan Sanyan di sini semalam (11 Januari) dan keputusann­ya adalah negatif,” katanya.

Asfia memberitah­u, satu kenyataan diambil daripadany­a pada hari pertama ditahan sebelum permohonan reman diambil.

“Selama tiga hari saya ditahan reman, tidak ada sebarang siasatan dilakukan dan kenyataan diambil daripada saya.

“Oleh itu, saya mengambil tindakan sivil dan memohon agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ketua polis daerah Sibu mengeluark­an permohonan maaf kepada saya dalam tempoh seminggu,” jelasnya.

Terdahulu, Asfia ditahan reman bagi membantu siasatan kes menghantar kenyataan berbaur penghinaan di laman Facebookny­a serta mengugut empat wakil rakyat Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Beliau ditahan reman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Sek- syen 507 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahka­n laporan itu dirujuk kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Sarawak.

“Haknya untuk membuat laporan. Kamitidakm­enghalang Apa-apa tindakan kami telah mendapat arahan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

“Siasatan dilakukan dimaju kepada IPK dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP)untuk arahan lanjut,” jelasnya ketika dihubungi pemberita berhubung perkara tersebut.

 ??  ?? LAPORAN POLIS: Asfia (dua kanan) ditemani (dari kiri) Ahmad Nawawi, Hanisya Abdul Hamid dan Nor Hisyam selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu semalam.
LAPORAN POLIS: Asfia (dua kanan) ditemani (dari kiri) Ahmad Nawawi, Hanisya Abdul Hamid dan Nor Hisyam selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia