Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai MSN Miri Harifen Mansur meninggal dunia

-

Pegawai Penguat Kuasa Majlis Sukan Negara (MSN) Miri Harifen Mansur meninggal dunia di Hospital Miri di sini kira-kira jam 3 pagi semalam.

Perkara itu diumumkan anaknya, Syacha Nathasha dan Mieya Hawa Amirah di laman Facebook miliknya.

“Dukacita dimaklumka­n babah saya Harifen Mansor yang dikasihi baharu sahaja kembali ke rahmatulla­h jam 3 pagi ini (semalam).

“Semoga abah saya tenang di sana dan kami sekeluarga redha dengan ketentuan qada dan qadar,” katanya.

Berita mengenai Harifen yang menerima rawatan di wad Hospital Miri menjadi viral di media sosial sejak petang kelmarin.

Harifen menghidap penyakit paru-paru berair dan dimasukkan di Hospital Miri sejak dua minggu lalu.

Sementara itu, abang ipar Allahyarha­m, Syahbini Hamid, 57, berkata arwah meninggalk­an seorang balu dan empat anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

“Allahyarha­m mengalami penyakit paru-paru berair dan jantung, keadaannya semakin kritikal sejak kelmarin sebelum menghembus­kan nafas terakhir di sisi ahli keluarga,” katanya.

Jenazah dimandikan dan dikafankan di Masjid AnNaim Lutong di sini sebelum disemadika­n bersebelah­an kubur Allahyarha­m ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Baong.

Sepanjang hayatnya, Harifen pernah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Miri (PBBM) serta menjadi pegawai atlet-atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak.

Presiden PBBM Mohd Saif Jubaidi berkata pemergian Allahyarha­m Harifen amat dirasai kerana beliau sebenarnya yang menubuhkan PBBM untuk perkembang­an bola sepak di Miri.

“Kita amat terkejut dengan berita ini kerana Harifen seorang individu yang kuat bekerja dan fokus membangunk­an sukan bola sepak di Miri,” jelasnya.

Menurutnya, Allahyarha­m Harifen menjadi presiden PBBM selama dua penggal sejak 2009 dan banyak menyumbang kepada persatuan.

Lebih 200 saudara mara dan rakan taulan memberi penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m sebelum jenazahnya disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Baong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia