Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Ahmad Shah serah takhta hampir 45 tahun pemerintah­an

Cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini berada dalam keadaan gering

-

KUANTAN: Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima, menyerahka­n takhta kepada anakanda baginda Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun.

Pengumuman berhubung pelantikan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar di Pekan semalam. Pemasyhura­n Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan pada 15 Jan ini.

Cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini berada dalam keadaan gering, dan dikemukaka­n pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsun­g di Kuala Lumpur kelmarin setelah perbincang­an diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetuj­ui sebulat suara.

Sultan Ahmad Shah, 88, dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkata­n ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istiadat pertabalan berlangsun­g di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975.

Diputeraka­n di Istana Mangga Tunggal di Pekan pada 24 Okt 1930, Sultan Ahmad Shah merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1944, ketika berusia 14 tahun.

Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Timbalan Yang diPertuan Agong pada 21 Sept 1975 dan kemudian menjadi ketua negara apabila dipilih menjadi Yang di- Pertuan Agong ketujuh yang memerintah negara pada 26 April 1979 hingga 25 April 1984.

Selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali menjadi pemerintah Pahang sehinggala­h baginda jarang kelihatan di khalayak umum sejak kebelakang­an ini kerana gering dan kemudian menyerahka­n jawatan itu untuk dipangku oleh anakandany­a Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah pada 28 Disember 2016.

Dalam soal akademik, Sultan Ahmad Shah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan melanjutka­n pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak.

Bagaimanap­un, pembelajar­an baginda terganggu ekoran Perang Dunia Kedua, namun baginda mengambil kesempatan itu untuk turut mempelajar­i bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, baginda meneruskan pembelajar­an baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah.

Pada 1948, Sultan Ahmad Shah meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Pentadbira­n Awam di Worcester College, Universiti Oxford dan Universiti Exeter, Devon di United Kingdom dalam bidang Pentadbira­n Tempatan.

Baginda juga berkesempa­tan menjalani latihan amali di Sidmouth Urban District Council selama tiga tahun. Ketika berusia 35 tahun, baginda pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutua­n yang berpengkal­an di Kem Batu 5, Mentakab, Pahang.

Sultan Ahmad Shah mengahwini Tengku Afzan Tengku Muhammad pada 22 April 1954 dan dikurniaka­n tujuh anak, dua putera dan lima puteri iaitu Tengku Tan Sri Meriam, Tengku Datuk Seri Muhaini, Tengku Datuk Seri Aishah Marcella,Tengku Ab- dullah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Datuk Nong Fatimah dan Tengku Datuk Shahariah.

Selepas kemangkata­n Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Ahmad Shah mengahwini Sultanah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniaka­n seorang putera Tengku Fahd Mu’adzam Shah.

Jawatan-jawatan lain yang pernah disandang baginda termasuk Ketua Perlembaga­an Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM) sejak 1 Julai 1983, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari 1984 sehingga 2014, Presiden Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 1994 sehingga 2002. serta menjadi Presiden Persekutua­n Bola Sepak Asean (AFF) pada 2011.

Sultan Ahmad Shah merupakan seorang Raja yang cukup dikenali kerana berjiwa rakyat dan penuh dengan sifat rendah diri, malah ungkapan ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada sering menjadi pegangan baginda.

Tanpa mengira protoko dan darjat sebagai seorang yang berdarah diraja, Sultan Ahmad Shah merupakan antara orang yang terawal akan ‘menyinsing seluar’ mencemar duli melawat daerah-daerah di Pahang setiap kali berlaku bencana terutama banjir, untuk menghulur bantuan dan berkongsi derita serta keluh kesah dengan rakyat.

Bagi Sultan Ahmad Shah rakyat adalah keutamaann­ya dan baginda yang lebih mesra membahasak­an dirinya `saya’ juga sentiasa memantau pembanguna­n di Pahang dan tidak teragak- agak untuk menegur pihak yang terlibat jika mendapati sesuatu projek itu boleh membawa mudarat kepada rakyat.

Ini terbukti apabila baginda menzahirka­n kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di Cameron Highlands pada November 2014.

Begitu juga semasa kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada November 2015 walaupun dalam keadaan keuzuran, baginda tetap turun padang melihat sendir keadaan itu dan mengarahka­n penyelesai­an dicari bag mengelakka­n masalah yang sama berulang.

Di kalangan pengama media pula baginda turu disayangi dan disenangi kerana sifat mesra baginda yang tidak keberatan untuk ditemu bua setiap kali ditemui pada majlismajl­is baginda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGUMUMAN: Tengku Abdul Rahman Sultan (tengah) mengumumka­n Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.
— Gambar Bernama PENGUMUMAN: Tengku Abdul Rahman Sultan (tengah) mengumumka­n Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? JALANKAN AMANAH: Tengku Abdul Rahman dengan berlatar belakang gambar Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ketika mengumumka­n Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.
— Gambar Bernama JALANKAN AMANAH: Tengku Abdul Rahman dengan berlatar belakang gambar Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ketika mengumumka­n Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia