Utusan Borneo (Sarawak)

Denda hingga RM5 juta jika kelirukan pengguna dengan status halal

Pengguna harus pilih hanya premis yang mempunyai sijil halal diyakini sah

-

PUTRAJAYA: Mana-mana pihak yang cuba mengeliruk­an pengguna dengan status halal boleh didenda sehingga tidak melebihi RM5 juta jika kesalahan pertama dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata, perkara tersebut adalah berpanduka­n Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011.

“Jika kesalahan dilakukan oleh bukan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarak­an tidak melebihi

Jika kesalahan dilakukan oleh bukan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun atau kedua

pertama. ” duanya bagi kesalahan

tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama,” katanya lagi.

Tambah Mohamad Nordin, peniaga dan pengusaha seharusnya mempunyai sensitivit­i yang tinggi untuk membangun perusahaan dalam memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini. Sementara masyarakat pengguna pula hendaklah memilih hanya premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja.

Beliau mengulas laporan Bernama pada 7 Jan berhubung kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutua­n dan Selangor ( PERMAS) Ayob Abd Majid yang mencadangk­an Jakim perlu mewajibkan pengusaha restoran untuk memiliki sijil halal sebelum beroperasi.

Jelas Mohamad Nordin, Sijil Pengesahan Halal Malaysia ( SPHM) adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan bagi pengusaha premis makanan dan ia adalah berpanduka­n Akta Perihal Dagangan 2011 ( APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan ( Perakuan dan Penandaan Halal) dan ( Takrif Halal) 2011.

Setakat ini, tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatka­n SPHM daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), tambah beliau.

“Cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal kpd semua premis makanan memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak,” katanya lagi.

Mohamad Nordin menasihatk­an semua pengusaha restoran dan pengeluar produk makanan supaya mendapatka­n sijil halal daripada JAKIM bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan yang disediakan di samping meningkatk­an keyakinan pengguna. — Bernama

Datuk Mohamad Nordin Ibrahim Ketua Pengarah JAKIM

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Pertanding­an Kucing Antarabang­sa d sebuah pusat beli-belah, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Pertanding­an Kucing Antarabang­sa d sebuah pusat beli-belah, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia