Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan perwakilan Mesyuarat Agung CBP tidak lagi secara automatik

-

Kaedah pemilihan anggota koperasi ke Mesyuarat Agung Tahunan bank koperasi, Co-opBank Pertama Malaysia Berhad (CBP), tidak lagi secara automatik seperti tahun-tahun sebelumnya susulan pindaan undang- undang kecil CBP yang berkuat kuasa pada 13 Sept lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP Mohd Nor Abd Razak berkata pindaan itu memberi penekanan kepada aspek demi menjaga kepentinga­n 85,041 anggota yang terdiri daripada 84,357 anggota individu dan 684 anggota koperasi yang menyumbang kepada RM783 juta jumlah rizab CBP sehingga 31 Dis 2018.

Pindaan itu adalah secara menyeluruh sejak ia ditubuhkan pada 1950 selaras dengan visi dan misi CBP untuk menjadi sebuah Bank Koperasi Syariah terunggul, katanya semasa sesi taklimat pindaan undang-undang itu semalam.

Menurut satu kenyataan CBP, melalui pindaan itu, kaedah pemilihan perwakilan perlu mengikut nisbah 2:1 koperasi serta tidak melebih 25 wakil koperasi bagi sesuatu kawasan dan perwakilan koperasi akan dipilih melalu proses pengundian.

“Jumlah kuorum kehadiran setiap mesyuarat agung kawasan juga telah dipinda daripada 200 ke 100 anggota untuk setiap kawasan bag melancarka­n proses mesyuarat agung kawasan 2019 yang akan dilaksanak­an.

“Jumlah bayaran minimum syer anggota koperasi telah ditingkatk­an kepada RM5,000 dan RM1,000 bagi keanggotaa­n individu. Bagaimanap­un, jumlah bayaran minimum syer ini hanya terpaka bagi permohonan keanggotaa­n baharu berkuat kuasa 13 Sept 2018,” kata Mohd Nor.

Siri jelajah taklimat mengenai pindaan itu bermula 18 Dis lepas dan dijangka berakhir 8 Feb depan melibatkan 24 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia