Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai jualan gerai buah-buahan segar disasar meningkat RM150 juta

-

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarka­n nilai jualan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) di seluruh negara meningkat kepada RM150 juta pada tahun ini berbanding hanya kira-kira RM123 juta, tahun lepas.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata sasaran lebih tinggi diletakkan berikutan terdapat kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat mengenai pemakanan yang sihat dan segar terutamany­a bagi buahbuahan tempatan.

Justeru, untuk memenuhi sasaran tersebut, kementeria­n menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) merancang untuk menambah sebanyak 29 lagi GBBS yang baharu di seluruh Malaysia pada tahun ini bagi melengkapi 339 buah gerai sedia ada.

“Saya yakin dengan wujudnya premis-premis seperti ini di seluruh negara yang telah menampakka­n kejayaan maka tiada masalah untuk itu (capai sasaran),” katanya dalam sidang media selepas melawat ke GBBS Pelanconga­n Desaru Fruit Farm Agro Tourism, di sini semalam.

Salahuddin berkata dalam mencapai sasaran itu, beliau turut berharap agar pengusaha buah-buahan lain dapat mencontohi amalan yang dilakukan oleh GBBS Desaru yang menggunaka­n baja organik pada tanaman mereka.

Beliau berkata ini bagi memastikan buah yang dihasil atau ditanam menepati konsep makanan selamat.

“GBBS Desaru menggunaka­n 70 peratus baja organik dalam tanaman mereka dan 30 peratus lagi masih bergantung kepada baja kimia.

Ia merupakan satu contoh terbaik dan diharap dapat menjadi satu amalan yang menyeluruh dalam semua sektor pertanian kerana ia bagus untuk pemulihara­an alam sekitar selain menepati kriteria makanan selamat,” katanya.

Sementara itu, mengulas dakwaan kononnya terdapat penguranga­n permintaan di pasaran tempatan terhadap empat jenis ikan iaitu kem- bung, selayang, pelaling dan selar, Salahuddin berkata situasi itu hanya membabitka­n ikan bersaiz kecil.

Ikan bersaiz sederhana dan besar pula masih mendapat permintaan tinggi.

“Yang jadi isu ialah ikan bersaiz kecil dan ada permintaan daripada mereka ( persatuan nelayan) untuk mengekspor­tnya dan itu tidak ada masalah.

Pengekspor­tan itu mungkin ke negara jiran untuk tujuan baja (penghasila­n baja) atau untuk industri makanan di negara tersebut,” katanya.

Baru- baru ini, Presiden Persekutua­n Perikanan, Xie Tian Xi memaklumka­n, beberapa jenis ikan termasuk kembung, selayang, pelaling dan selar kurang mendapat sambutan di pasaran tempatan menyebabka­n berlaku lambakan dalam kemudahan sejuk beku di seluruh negara.

Justeru itu, Xie berkata pihaknya akan bertemu Jabatan Perikanan pada 22 Jan ini supaya kerajaan membenarka­n eksport untuk empat jenis ikan berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Salahuddin (kanan) melihat buah-buahan yang dijual di Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Agro Pelanconga­n Desaru ketika lawatan kerja ke gerai itu di Desaru Fruit Farm Agro Tourism dekat Kota Tinggi, semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Datuk Ahmad Ishak (dua kiri) dan Pengarah Desaru Fruit Farm Agro Tourism Steve Er Wee Heng.
— Gambar Bernama LAWATAN: Salahuddin (kanan) melihat buah-buahan yang dijual di Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Agro Pelanconga­n Desaru ketika lawatan kerja ke gerai itu di Desaru Fruit Farm Agro Tourism dekat Kota Tinggi, semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Datuk Ahmad Ishak (dua kiri) dan Pengarah Desaru Fruit Farm Agro Tourism Steve Er Wee Heng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia