Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 300 nelayan terima manfaat Skim Insurans LKIM

-

Seramai 353 nelayan di seluruh negara telah menerima manfaat Skim Insurans Nelayan Berkelompo­k Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berjumlah RM1.52 juta sehingga Ogos tahun lepas.

Menurut pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil, nelayan yang berdaftar dengan LKIM di bawah Program Elaun Sara Hidup (ESHN) yang berumur 18 tahun hingga 75 tahun sahaja layak menyertai skim itu.

Pada masa ini, seramai 52,399 nelayan telah mendaftar di bawah skim perlindung­an itu dengan hanya membayar premium RM100 setahun, katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau ditemui semasa menziarahi keluarga pasangan nelayan Allahyarha­m Mohamad Zaini Panjang Karim dan isterinya Allahyarha­mah Azizah Yatim yang dipercayai mati lemas setelah terjatuh ke dalam laut semasa memukat ikan di perairan Kuala Perlis pada 5 Jan lepas.

Dalam kunjungan itu, Muhammad Faiz menyampaik­an cek Skim Perlindung­an dan Kebajikan Nelayan bernilai RM10,000 kepada anak kedua daripada tiga anak pasangan itu, Mohamad Noor Affandy, 25.

Turut hadir pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Abdul Hamid Bahari dan timbalan ketua pengarah LKIM (Pengurusan) Raja Khalid Raja Ariffin.

Muhammad Faiz berkata keluarga pasangan nelayan itu juga akan menerima RM150,000 dalam tempoh 30 hari selepas berlaku kematian di bawah Skim Insurans Nelayan Berkelompo­k.

Sementara itu, Muhamad Noor Afandy berkata kematian serentak ibu dan bapanya mengejutka­n beliau, kakak dan adiknya.

“Ketentuan Allah SWT tidak siapa boleh mengelak Kami terima takdir dengan penuh reda,” katanya yang akan menggunaka­n sebahagian wang yang diterima bag membayar upah haji untuk ibu dan bapa mereka.

Muhamad Noor Affandy berkata beliau kini meneruskan pekerjaan sebagai nelayan dan mengambil tanggungja­wab menanggung persekolah­an adiknya yang belajar di sebuah kolej swasta di Sungai Petani Kedah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia