Utusan Borneo (Sarawak)

Tuduhan tiada kaitan dengan amalan kerajaan baharu: KPM

-

Kementeria­n Pendidikan (KPM) semalam menjelaska­n tuduhan pembaziran jutaan ringgit membabitka­n Unit Pelaksanaa­n dan Prestasi Pendidikan (PADU) di bawah kementeria­n itu, tiada kaitan dengan amalan kerajaan baharu.

KPM dalam satu kenyataan memaklumka­n tuduhan oleh bekas pekerja unit tersebut berlaku semasa pentadbira­n kerajaan lama dan tidak melibatkan pentadbira­n baharu yang mengutamak­an tadbir urus telus, bertanggun­gjawab dan berintegri­ti.

Kenyataan tersebut dikeluarka­n sebagai respons kepada laporan sebuah portal berita tempatan bertajuk ‘Perunding kaut berjuta daripada Kementeria­n Pendidikan di zaman BN’ yang disiarkan kelmarin.

Menurut kenyataan itu, individu yang membuat dakwaan tersebut adalah bekas pekerja unit PADU yang dilantik secara kontrak dan mula bertugas dari 15 Nov 2013 di bawah kerajaan lama, yang kontrak perkhidmat­annya ditamatkan pada 2 April 2015.

Individu tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan penamatan khidmatnya dan kesnya telah dibawa ke Mahkamah Perusahaan yang kini menunggu keputusan perbicaraa­n.

Susulan itu, KPM menerusi PADU membuat laporan polis pada 11 Jan bagi menyangkal dakwaan tersebut.

“Di bawah kerajaan baharu, KPM mengambil pendekatan untuk memperkuku­hkan sistem tadbir urus PADU sebagai usaha penambahba­ikan berterusan terutamany­a untuk PADU berperanan membantu KPM yang kini menjalanka­n semakan semula secara menyeluruh pelaksanaa­n dasar pendidikan negara.

“Keutamaan KPM adalah memastikan sistem tadbir urus yang baik terus dipelihara dan diamalkan,” menurut kenyataan itu.

PADU ditubuhkan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat terhad dengan jaminan pada Mac 2013 yang diamanahka­n untuk merealisas­ikan pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 20132025 yang digubal oleh KPM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia