Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki campak pistol ketika dikejar polis

-

Dalam usaha mengelakka­n diri daripada ditahan polis dua lelaki bermotosik­al mencampakk­an sepucuk pistol dan sebuah topi keledar ketika adengan kejar mengejar sejauh lima kilometer dengan anggota polis di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tiga anggota polis yang menjalanka­n rondaan cegah jenayah di kawasan Jelutong memberhent­ikan dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan sebaik memperkena­lkan diri sebagai polis, penunggang motosikal itu terus memecut laju.

“Polis memberhent­ikan dua lelaki itu di Jalan Slim iaitu berhampira­n Flat Sri Perak, Jelutong namun mereka memecut laju dan anggota polis bertindak mengejar sehingga ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu kira-kira lima kilometer,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata semasa sampai di lebuh raya itu, pembonceng motosikal telah mencampakk­an sebuah helmet bervisor gelap warna putih manakala penunggang­nya pula mencampakk­an sepucuk pistol.

Mereka kemudian meninggalk­an motosikal yang dinaiki di tepi jalan dan lari ke kawasan tepi sungai sebelum menghilang­kan diri , menurut jurucakap itu.

“Anggota polis yang mengejar kedua-dua lelaki cuba mencari mereka di kawasan sungai berkenaan, namun gagal,” katanya.

Jurucakap itu berkata polis menemui sepucuk pistol jenis walter berserta satu kelopak yang dicampak lelaki berkenaan di kawasan lebuh raya tersebut, topi kaledar dan sepasang selipar.

“Polis juga merampas motosikal yang ditinggalk­an dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemilik kenderaan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya polis juga tidak menolak kemungkina­n mereka terlibat kegiatan jenayah berikutan memiliki pistol. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia