Utusan Borneo (Sarawak)

Polis nafi berita tular lelaki mengamuk tikam orang ramai

-

Polis menafikan kejadian seorang lelaki mengamuk sehingga menyebabka­n beberapa orang cedera ditikam seperti yang tular di media sosial kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata tiada sesiapa yang cedera dan lelaki itu kini telah ditahan polis.

Beliau berkata apa yang sebenarnya berlaku ialah lelaki berusia 30 tahun itu didapati dalam keadaan mencurigak­an sambil memegang gunting di Bukit Gedung Bayan Baru.

“Suspek juga dalam keadaan meracau dan seorang penduduk di situ mendekati bagi menenangka­nnya tetapi tidak berjaya malah dia turut mengacukan gunting kepada lelaki berkenaan.

“Lelaki itu telah cuba merampas gunting dari suspek tetapi tidak berjaya dan suspek telah melarikan diri hingga ke hentian bas Persiaran Mayang Pasir, Bukit Gedung,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata lelaki itu telah meminta bantuan beberapa penduduk di situ untuk menangkap suspek berikutan tindakanny­a yang merbahayak­an keselamata­n orang lain terutama kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Anbalagan berkata dalam masa yang sama penduduk di situ menghubung­i polis sebe- lum anggota datang ke kawasan berkenaan dan menahan lelaki itu serta merampas gunting bersamanya.

“Menurut penduduk di situ, ketika mereka cuba menahan lelaki itu, dia melawan dan berlaku pergelutan antara mereka. Berikutan itu, suspek mengalami kecederaan luka di dagu dan bengkak di tangan kanan serta kiri selain bengkak di kaki kiri,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu tiada rekod rawatan sakit mental dan ujian awal air kencing mendapati negatif, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Polis masih menyiasat mengapa dia bertindak sedemikian dan saya juga menafikan kejadian itu telah menyebabka­n beberapa orang cedera ditikam lelaki tersebut seperti yang tular di media sosial. Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi seh- ingga menimbulka­n kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas video insiden tersebut dirakam penduduk kawasan berkenaan sebelum mereka memuat naik di Facebook. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia