Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki samun farmasi guna objek menyerupai senjata api

-

Sebuah farmasi di Taman Kasih, Simpang Renggam dekat Kluang kerugian RM300 apabila disamun dua lelaki menggunaka­n objek menyerupai senjata api, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.45 petang semasa semua pekerja berada di belakang premis, apabila mereka didatangi dua lelaki dengan salah seorang daripadany­a memegang objek menyerupai senjata api dan mengacukan­nya ke arah mereka.

Beliau berkata menurut laporan wanita pemilik farmasi itu, lelaki yang tidak bersenjata pula kemudianny­a terus ke kaunter bayaran dan mengambil mesin juruwang sebelum kedua-dua mereka beredar menaiki sebuah kereta Nissan Sylphy berwarna kelabu bersama- sama mesin juruwang itu.

Menurutnya kira- kira RM300 dilarikan dalam kejadian itu yang berlaku semasa tiada pelanggan di farmasi berkenaan, dan kesemua lima pekerja di situ tidak diapaapaka­n.

“Hasil siasatan awal, dipercayai dua lelaki itu adalah rakyat tempatan berdasarka­n percakapan mereka. Lelaki yang membawa objek menyerupai senjata api itu memakai baju hitam, cermin mata hitam dan bertopi hitam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Abduh seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau kes itu supaya membantu polis dengan menghubung­i Pegawai Penyiasat Insp Kasturiah Arif dengan menelefon 013-3137051 atau talian ‘hotline’ Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang 07-7784222. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia