Utusan Borneo (Sarawak)

Denda RM200 hingga RM1,000 hilang pasport

Denda sebanyak RM200 dikenakan kepada pemilik yang kehilangan pasport kali pertama

-

Bagaimanap­un kehilangan akibat kecurian, rompakan, kebakaran atau bencana tertentu dikecualik­an denda namun pemegang pasport perlu membuat

polis. ” laporan

Datuk Abdul Halim Abdul Rahman

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Imigresen

PORT DICKSON: Penalti antara RM200 hingga RM1,000 bagi penggantia­n pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian telah pun diwartakan dan dikuatkuas­akan sejak 2 Jan lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Imigresen Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata denda sebanyak RM200 dikenakan kepada kepada pemilik yang kehilangan pasport kali pertama manakala kali kedua denda sebanyak RM500 dan denda RM1,000 dikenakan bagi kehilangan pasport kali ketiga.

“Bagaimanap­un kehilangan akibat kecurian, rompakan, kebakaran atau bencana tertentu dikecualik­an denda namun pemegang pasport perlu membuat laporan polis.

“Kes kehilangan pasport meningkat setiap tahun. Jadi denda yang dikenakan adalah kerana kita mahu pemegang pasport menjaga pasport mereka dengan rapi, berhatihat­i dan bertanggun­gjawab,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 Siri 1 Tahun 2019 di Akademi Imigresen Malaysia di sini.

Abdul Halim berkata jabatan itu merekodkan sebanyak 83,617 kes kehilangan pasport pada tahun lepas berbanding 75,600 pada 2017 dan 44,528 pada 2016.

“Melihat perkara ini yang meningkat setiap tahun, maka ia perlu kepada satu peraturan yang ketat kerana ia membabitka­n dokumen keselamata­n negara,” katanya.

Beliau berkata antara alasan kehilangan pasport dikalangan pemegang pasport ialah hilang dalam simpan, tersalah letak serta tercicir.

“Pasport ini perlulah disimpan ditempat yang selamat,” katanya dan menambah sehingga Disember tahun lepas, sebanyak 2 juta pasport telah dikeluarka­n jabatan itu.

Dalam perkembang­an lain, Abdul Halim berkata sebanyak 14,724 operasi dijalankan jabatan itu diseluruh negara dengan 191,218 orang diperiksa sepanjang tahun lepas.

Daripada jumlah itu, 48,372 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 1,468 majikan ditahan.

“Bagi tempoh 1 Jan hingga 10 Jan tahun ini, sebanyak 313 operasi telah dijalankan membabitka­n seramai 3, 746 individu diperiksa.

“Daripada jumlah yang diperiksa, 1,367 PATI dan 14 majikan ditahan,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 220 peserta menamatkan latihan dengan 151 peserta lelaki dan baki 69 peserta wanita.

Pada majlis itu, Abdul Matar Abdul Mutalib, 39, dinobatkan Kadet Terbaik Anugerah Ketua Pengarah Imigresen manakala Muhammad Ikhsan Ahmad, 32, sebagai Kadet Akademik Terbaik.

Muhamad Radhi Abdul Halim, 25; Kamarul Ihsan Umor, 27, dan Muliyati Hamid, 33, masing-masing dinobatkan Kadet Personalit­i Terbaik, Kawad Lelaki Terbaik dan Kawad Wanita Terbaik.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Eksekutif Pusat Anti Jenayah Kewangan Nasional (NAFCC) Datuk Seri Mustafar Ali, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia Jasmi Juwahir. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Abdul Halim (empat kiri) beramah mesra dengan sebahagian pegawai Imigresen pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 Siri 1 Tahun 2018 di Port Dickson, semalam. Turut hadir Ketua Eksekutif Pusat Anti Jenayah Kewangan Nasional (NAFCC) Datuk Seri Mustafar Ali (tiga kiri).
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Abdul Halim (empat kiri) beramah mesra dengan sebahagian pegawai Imigresen pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 Siri 1 Tahun 2018 di Port Dickson, semalam. Turut hadir Ketua Eksekutif Pusat Anti Jenayah Kewangan Nasional (NAFCC) Datuk Seri Mustafar Ali (tiga kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Sultan Nazrin (dua kiri) berkenan menyampaik­an Anugerah Mursyid Masjid Sultan Idris Shah II kepada Datuk Sheikh Muhammad Nor Mansor (berkerusi roda) pada Majlis Sambutan Jubli Emas Masjid Sultan Idris Shah ll yang juga dikenali sebagai Masjid negeri di Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Sultan Nazrin (dua kiri) berkenan menyampaik­an Anugerah Mursyid Masjid Sultan Idris Shah II kepada Datuk Sheikh Muhammad Nor Mansor (berkerusi roda) pada Majlis Sambutan Jubli Emas Masjid Sultan Idris Shah ll yang juga dikenali sebagai Masjid negeri di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia