Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia senada dengan Singapura tangguh mesyuarat JMCIM: Azmin

-

Malaysia senada dengan Singapura untuk menangguhk­an Mesyuarat Tahunan Jawatankua­sa Bersama Peringkat Menteri Malaysia- Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) ke-14 yang dijadualka­n berlangsun­g Isnin ini, buat sementara waktu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sepatutnya mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan menarik perhatian bahawa ia ekoran beberapa isu mesyuarat itu berkait rapat dengan perkara yang dibangkitk­an dalam mesyuarat dua hala antara Menteri Luar kedua-dua negara Selasa lepas.

Katanya beliau akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishn­an dan Menteri Pembanguna­n Nasional republik itu Lawrence Wong, hari ini dan Isnin ini, bagi perhalusi lebih lanjut perkara-perkara yang dibangkitk­an dalam mesyuarat dua hala itu, sebelum dibawa ke mesyuarat JMCIM seterusnya.

“Oleh kerana mesyuarat itu (dua hala kementeria­n luar) baru sahaja berlangsun­g dan kedua-dua negara keluarkan satu kenyataan bersama yang cukup positif, maka saya tak nak ganggu proses perbincang­an itu dengan adanya JMCIM.

“Maka eloklah kita tangguhkan dahulu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, di sini, semalam.

Beberapa portal media sebelum ini melaporkan mesyuarat JMCIM kini menjadi tidak menentu selepas sebuah kapal Jabatan Marin Malaysia yang membawa Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dikatakan belayar menghampir­i kawasan perairan yang menjadi pertikaian antara kedua- dua negara, Rabu.

Beberapa laporan mengatakan Singapura bertindak balas dengan menghantar beberapa kapal ke kawasan di luar Pelabuhan Tanjung Pelepas itu, di samping menyuaraka­n rasa tidak puas hati terhadap insiden berkanaan.

Susulan insiden itu. Kementeria­n Luar Singapura mengeluark­an kenyataan semalam mengatakan bahawa penceroboh­an di kawasan perairan Sindapura di luar Tuas itu menjadikan mesyuarat JMCIM ke-14 tidak dapat diadakan, sekaligus mencadangk­an supaya mesyuarat itu ditangguhk­an, dan ia dipersetuj­ui Malaysia.

Ditanya sama ada dakwaan penceroboh­an itu menjejaska­n hubungan kedua-dua negara, Mohamed Azmin tegas mengatakan tidak.

“Kementeria­n Luar keduadua negara mengambil satu sikap terbuka untuk pastikan semua isu perairan, maritim dan sempadan perairan diputuskan secara muafakat dan baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia