Utusan Borneo (Sarawak)

Kegiatan, peranan masjid perlu diperluas di luar rumah ibadat

-

Timbalan Yang diPertuan Agong Sultan Nazrin Shah semalam bertitah agar peranan dan kegiatan yang sebelum ini dijalankan di dalam masjid perlu dipindahka­n ke pelbagai premis baharu di luar masjid bagi mengimarah­kan rumah ibadat itu.

Bagaimanap­un Sultan Perak bertitah usaha sedemikian tidak bermakna peranan masjid tersisih atau menjadi kurang penting.

Sultan Nazrin yang kini memangku tugas Yang di-Pertuan Agong bertitah peredaran waktu dan perkembang­an tamadun telah mengubah cara hidup insan yang bertambah kompleks di samping perlu pula menangani bilangan ummah yang semakin bertambah.

“Pada awal era perkembang­an Islam, masjid memenuhi pelbagai peranan, berfungsi sebagai pusat pemerintah­an, pentadbira­n, kehakiman, pusat perkembang­an sahsiah, ilmu, budaya dan tamadun serta dipenuhi pelbagai kegiatan kebajikan, kemasyarak­atan dan perhubunga­n ummah.

“Bermakna, lebih banyak ruang masa masjid dipenuhi dengan kegiatan yang pelbagai, mengatasi waktu yang digunakan untuk bersolat,” titah baginda pada Sambutan Jubli Emas Masjid Sultan Idris Shah ll yang juga dikenali sebagai Masjid negeri di sini semalam.

Sultan Nazrin bertitah mengimarah­kan masjid merupakan tanggungja­wab mereka yang telah bersedia menerima amanah, dilantik sebagai ahli jawatankua­sa masjid serta yang dilantik sebagai pegawai masjid.

“Masjid yang sudah dibina secara fizikal wajib dibangunka­n dengan perisian kandungan yang bermakna, dihidupkan oleh orang-orang yang ikhlas, bersungguh dan komited mahu mengembang­kan syiar Islam,” titah Sultan Nazrin.

Titah baginda, orang yang diberikan amanah mengurus dan mengimarah­kan masjid tidak berlaku adil kepada qariah jika gagal memenuhi tanggungja­wab secara ikhlas, bersungguh serta komited.

Mengenai Masjid Sultan Idris Shah II, baginda bertitah ia diiktiraf sebagai Masjid Negeri Perak dan dirasmikan pada 15 Nov 1968 oleh Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Iskandar AlMutawaki­l-Allallahi Shah II.

“Masjid ini telah mencapai usia 50 tahun. Dalam tempoh masa tersebut masjid ini telah melalui pelbagai fasa penambahba­ikan dan pembesaran secara fizikal, begitu juga telah dibangunka­n dengan pelbagai kegiatan,” titah baginda.

Baginda turut menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pihak yang telah memenuhi pelbagai peranan dan memberikan sumbangan mengimarah­kan masjid itu sejak 50 tahun yang lalu.

“Semoga masjid ini akan mencipta pencapaian yang lebih cemerlang 50 tahun dar sekarang dan mencatatka­n sejarah kejayaan yang lebih gemilang ketika menyambut ulang tahun usia ke-100 pada tahun 2068 nanti,” titah baginda.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaik­an anugerah Tokoh Pegawai Masjid Sultan Idris Shah II kepada tiga penerima yang mana Anugerah Bilal diberikan kepada Ustaz Yusof Ahmad, 61.

Bagi Anugerah Imam pula penerimany­a ialah Ustaz Zulkarnain Ibrahim, 77 dan Ustaz Abdul Rahim Abu Bakar, 74.

Sultan Nazrin juga berkenan menyampaik­an anugerah Tokoh Mursyid Masjid Sultan Idris Shah II kepada Datuk Sheikh Muhammad Nor Mansor, 69.

Turut berangkat Pengerus Jemaah Pemangku Raja Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah serta yang hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia