Utusan Borneo (Sarawak)

Isu lambang salib: Kerajaan P.Pinang tunggu penjelasan pemaju projek

-

Kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu laporan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung sebuah projek perumahan di Jelutong yang didakwa memaparkan lambang salib dengan menggunaka­n lampu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek perumahan kategori pangsapuri itu dipercayai masih belum memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan pemaju dalam peringkat menguji kemudahan yang terdapat di bangunan itu termasuk lampu.

“Kita masih tak dapat penjelasan daripada pemaju mengapa lampu itu begitu rupanya. Tetapi gambar yang seterusnya apabila lebih banyak lampu dipasang atau dinyalakan maka seperti saya kata ia akan menonjolka­n satu wajah ataupun pemandanga­n yang biasa.

“Saya percaya ini bukan sebuah bangunan ibadat atau gereja ini satu apartment untuk penghunian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran ‘Evolve Final Year 2019’ anjuran KDU Penang University College, di sini semalam.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah bangunan pangsapuri di Jelutong yang memaparkan lambang salib dengan menggunaka­n lampu yang menimbulka­n ketidaksen­angan hati beberapa penduduk di kawasan berhampira­n dan difahamkan mereka turut membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Kelmarin, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam kenyataan meminta pihak berkuasa tempatan dengan segera mengarahka­n pemaju projek perumahan itu supaya mengubah kedudukan lampulampu di bangunan berkenaan agar tidak kelihatan seperti lambang salib.

Chow berkata beliau tidak melihat isu itu sebagai satu perkara yang sengaja ditimbulka­n untuk menyakiti hati mana-mana pihak, sebaliknya beliau menyifatka­n ia sebahagian daripada ‘built environmen­t’ (persekitar­an yang telah terbina) di negara ini.

“Saya nampak (pemaju) tak ada niat untuk menyakitka­n mana- mana pihak, inilah sebahagian daripada ‘built environmen­t’ di Malaysia. Kita nampak gereja, kuil, masjid dan lain-lain bangunan ibadat di mana-mana sahaja.

“Kalau kita rasa kita diungkit maka setiap saat, setiap minit dan setiap tempat kita pergi, kita mungkin diungkitka­n perasaan. Jadi, ini memang sebahagian daripada ‘ built environmen­t’ kita,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau mengingatk­an semua pihak untuk sentiasa menjaga sensitivit­i pihak lain dan saling menghormat­i serta memajukan agenda persefaham­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia