Utusan Borneo (Sarawak)

PRK Cameron Highlands saksi pertanding­an empat penjuru

SPR tetapkan pengundian awal pada 22 Jan, semakan peti undi 25 Jan dan hari pengundian pada 26 Januari

-

TANAH RATA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menyaksika­n pertanding­an empat penjuru membabitka­n calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional ( BN) serta dua calon bebas.

PH meletakkan Pengerusi DAP Pahang M Manogaran sebagai calon, manakala BN diwakili bekas pegawai kanan polis Datuk Mohd Ramli Nor.

Dua calon bebas, masingmasi­ng anak jati Parlimen Cameron Highlands, ialah bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61 dan petani Wong Seng Yee, 40.

Kesemua nama calon diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ishak Md Napis kira-kira sejam selepas pusat penamaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah ditutup tepat pada jam 10 pagi.

Sementara itu, Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas yang sebelum ini menyatakan hasrat bertanding, pada saat akhir mengumumka­n di sebaliknya kepada pemberita dan menyatakan sokongan kepada calon PH serta Bebas, ketika hadir di pusat penamaan calon kira-kira 9.30 pagi.

PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytih­arkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei 2018, terbatal dan tidak sah apabila didapati ber- laku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam pertanding­an lima penjuru dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran yang meraih 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS/3,587 undi); Mohd Tahir Kassim (Berjasa/81 undi) dan B. Suresh Kumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM/ 680 undi).

SPR juga menetapkan 13 Jan sebagai tarikh pengeluara­n kertas undi pos, undi awal (22 Jan), semakan peti undi (25 Jan), manakala hari pengundian pada 26 Jan dan buat julung kalinya suruhanjay­a itu akan menyiar- kan lintas langsung proses penamaan calon, pengundian dan pengiraan undi di laman Facebook SPR (www.facebook.com/sprgovmy/) .

Parlimen Cameron Highlands mempunyai dua Dewan Undangan Negeri ( DUN) iaitu Tanah Rata dan Jelai dengan jumlah keseluruha­n pengundi yang layak memilih pada PRK kali ini seramai 32,009 orang termasuk 247 pengundi awal, 12 pengundi tidak hadir dan 385 pengundi kurang upaya.

PRK ini adalah yang kelima setelah PRU14 dengan tiga pilihan raya sebelum ini melibatkan DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor dan pilihan raya Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CALON PRK: Parlimen P078 Cameron Highlands menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara (dari kanan) M Manogaran dari Pakatan Harapan, Ramli Mohd Nor dari Barisan Nasional serta dua calon bebas Wong See Yee dan Sallehudin Ab Talib di pusat penamaan calon Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah semalam.
— Gambar Bernama CALON PRK: Parlimen P078 Cameron Highlands menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara (dari kanan) M Manogaran dari Pakatan Harapan, Ramli Mohd Nor dari Barisan Nasional serta dua calon bebas Wong See Yee dan Sallehudin Ab Talib di pusat penamaan calon Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia