Utusan Borneo (Sarawak)

Polis jamin keselamata­n, ketenteram­an pengundi pada PRK

-

Pengundi di Parlimen Cameron Highlands dinasihat supaya tidak bimbang dengan keselamata­n mereka untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 26 Jan itu.

Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad ketika memberi jaminan itu berkata pihaknya mempunyai kekuatan mencukupi untuk memastikan keselamata­n pengundi.

“Kepada pemilih, kita jamin ketenteram­an, keadaan tenang dan terkawal. Polis akan sentiasa pantau.

“Kita sentiasa berusaha pastikan perjalanan PRK ini lancar, licin dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon PRK Cameron Highlands di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Zakaria berkata seramai 1,132 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi menghadapi PRK Cameron Highlands dengan 531 daripadany­a bertugas pada penamaan calon semalam.

Ditanya mengenai kawasan panas ( Hotspot) pada PRK kali ini, Mohd Zakaria berkata pihaknya telah mengenal pasti lokasi berkenaan namun beliau enggan menyatakan­nya.

“Memang kita ada kenal pasti satu dua tempat tetapi berdasarka­n pengalaman kita yang lepas keadaan tidaklah membimbang­kan,” katanya.

PRK Parlimen Cameron Highlands yang bakal menyaksika­n pertanding­an empat penjuru diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytih­arkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia