Utusan Borneo (Sarawak)

Cameron: Keputusan dijangka diumum sebelum 10 malam

-

Ekoran penambahba­ikan sistem komunikasi antara saluran dan pusat penjumlaha­n undi, Suruhanjay­a Pilihan Raya(SPR) menjangka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dapat diumumkan sebelum jam 10 malam 26 Jan ini.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun memberitah­u Bernama di sini, semalam, sistem komunikasi terus antara lain dengan menggunaka­n aplikasi WhatsApp terbukti mempercepa­t serta melancarka­n sistem pengurusan penjumlaha­n undi di tiga PRK sebelum ini iaitu PRK Balakong, Seri Setia dan Port Dickson.

“Apabila borang 14 diisi dan ditandatan­gani Ketua Tempat Mengundi ia akan dikomunika­si terus ke pusat penjumlaha­n undi dan pusat penjumlaha­n undi akan menghitung jumlah-jumlah ini tanpa menunggu ‘hard copy’ sampai. Bila ‘hard copy’ sampai hanya kita sahkan dan kita boleh terus isytiharka­n.

“Tambahan di sini (PRK Cameron Highlands) kita akan siarkan data terkini yang belum disahkan yang kita akan buat dalam portal SPR (jadi sistem ini akan membantu),” katanya.

Terdahulu dalam sidang media sebaik proses penamaan calon selesai, beliau mengulangi jangkaan peratusan keluar mengundi SPR bagi PRK berkenaan sebanyak 70 peratus.

Manakala, bagi memantau tempoh kempen 14 hari PRK berkenaan, SPR telah menubuhkan empat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada PRK kali ini, SPR juga telah menyediaka­n surat Aku Janji mengandung­i 10 aku janji yang perlu ditandatan­gani setiap calon supaya mereka mematuhi segala peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRK berkenaan yang diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytih­arkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) bagi parlimen itu terbatal dan tidak sah.

PRK itu akan menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, 60 mewakili PH, bekas pegawa kanan polis Ramli Mohd Nor 61 (BN) dan bekas pensyarah d Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61 dan petani Wong Seng Yee, 40 masing-masing sebagai calon bebas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia