Utusan Borneo (Sarawak)

Kayveas tidak bertanding di Cameron Highlands, sokong PH

-

Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, sebaliknya mengisytih­arkan bahawa beliau memberi sokongan terbuka serta agresif kepada calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran.

“Mereka ( PH) boleh mengharapk­an kami untuk bersama-sama mereka dan menterjema­hkan sokongan padu kami sebagai undi buat mereka.

“PH adalah apa yang Cameron Highlands perlukan untuk melihat perubahan yang dijanjikan. Nama mereka menjelaska­n segala- galanya. Pakatan Harapan. Harapan akan mengalahka­n kesinisan dan penguasaan tidak demokratik cara Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Pada 6 Jan lepas, Kayveas mengumumka­n hasratnya untuk bertanding dalam PRK itu selepas mendapat sokongan padu daripada anggota Majlis Tertinggi parti berkenaan.

Beliau berkata keputusan itu adalah yang pertama dibuat MyPPP selepas keluar daripada komponen BN pada 19 Mei 2018, setelah gabungan parti itu kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, pada 9 Mei 2018.

“Ketika saya mengumumka­n hasrat saya untuk bertanding, ia disebabkan di sini kampung halaman saya, daerah tempat saya dilahirkan dan sudah bertahunta­hun membantu pelbagai komuniti yang membentuk Cameron Highlands,” katanya, dan menambah, beliau akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam membantu penduduk Cameron Highlands.

Pilihan raya kecil pada 26 Jan ini akan menyaksika­n pertanding­an empat penjuru membabitka­n Ramli Mohd Nor mewakili BN, Manogaran (PH), dan dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib serta Wong Seng Yee. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia