Utusan Borneo (Sarawak)

Perlawanan untuk ‘temuduga’ jawatan pengurus Man Utd

-

Ole Gunnar Solskjaer ada peluang keemasan untuk mengukuhka­n lag tauliah bagi jawatan pengurus tetap di Manchester United (MU) apabila dia bersemuka dengan pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino pada malam ini.

Pengurus sementara dar Norway itu menikmati permulaan sempurna kepada kariernya di Old Trafford dengan memenangi kesemua lima perlawanan dan mengubah suasana di kalangan pemain dan penyokong.

Namun di tempat duduk pasukan lawan di Wembley nanti adalah Pochettino, yang masih menjadi calon pilihan untuk mengisi kerusi panas MU selepas memastikan Spurs terus memberikan cabaran dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun berdepan dengan cabaran yang getir.

Solskjaer berkata dia beluam berbincang dengan hirarki kelab tentang jawatan sepenuh masa berkenaan walaupun sudah menyatakan dengan jelas keinginan untuk terus menjad pengurus selepas akhir musim.

Syarat minimum bagi Solskjaer mungkin untuk layak ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang – MU sudah mengurangk­an jurang dengan signifikan tetapi masih ketinggala­n enam mata di belakang Chelsea di tempat keempat.

Pochettino yang belum lag memenangi trofi sebagai pengurus, telah memberi mese yang berbeza mengenai masa depannya, dan enggan menolak perpindaha­n ke Old Trafford tetapi turut menyatakan dia berharap untuk menjad pengurus di Spurs selama 20 tahun. — AFP

 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia