Utusan Borneo (Sarawak)

Lille kukuhkan kedudukan di tangga ke-2 Ligue 1 Perancis

-

Lille melangkah dengan kaki kanan selepas cuti musim salji Ligue 1 kelmarin apabila mereka menewskan Caen 3-1 dan mengukuhka­n tempat kedua di belakang Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain antarabang­sa Ivory Coast Nicolas Pepe menjadi nadi kejayaan liga ke-11 ini pada musim ini, dengan menjaringk­an gol pada minit kelapan dan mengumpan bola kepada Rafael Leao dan Luiz Araujo dari Brazil untuk melengkapk­an kemenangan yang selesa.

Jaringan Pepe yang ke-13 pada musim ini meletakkan­nya pada kedudukan yang sama dalam carta jaringan Ligue 1 dengan pemain PSG Kylian Mbappe.

Caen memperoleh­i gol saguhati lewat lima minit dalam masa tambahan hasil jaringan penyerang mereka dari Chad Casimir Ninga.

Lille menamatkan perlawanan tanpa seorang pemain ekoran kekasaran Zeki Celik ke atas Ninga ketika penyerang Caen itu berdepan dengan gawang terbuka tujuh minit sebelum masa biasa tamat.

Lille turun ke padang di Normandy tanpa pemain pertahanan kiri antarabang­sa Bawah 21 Perancis Fode BalloToure, yang menandatan­gani kontrak dengan kelab bermasalah bimbingan Thierry Henry Monaco pada Khamis lepas.

Perlawanan itu diawalkan 24 jam tatkala pihak berkuasa tempatan bersiap sedia untuk protes pergerakan ‘ves kuning’ bagi hujung minggu kesembilan.

Lille kini mengutip 37 mata, 10 mata di belakang juara bertahan PSG yang bermain di Amiens semalam, dengan harapan untuk bangkit ekoran kekalahan mereka yang mengejutka­n kepda Guingamp dalam Piala Liga pada pertengaha­n minggu ini.

Turut tersingkir daripada Piala Liga pada minggu ini adalah Lyon, yang lewat kelmarin diikat 1-1 di stadium sendiri oleh Reims.

Lyon kekal di tempat ketiga, empat mata di belakang Lille, dengan kelebihan satu perlawanan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERTEMBUNG: Antara babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Caen dan Lille di Michel d’Ornano Stadium di Caen.
— Gambar AFP BERTEMBUNG: Antara babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Caen dan Lille di Michel d’Ornano Stadium di Caen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia