Utusan Borneo (Sarawak)

Ledecky mulakan kempen 2019 dengan cemerlang

-

Juara renang lima kali Olimpik Katie Ledecky melancarka­n kempennya bagi 2019 dengan kemenangan dalam acara 200 meter gaya bebas dan acara 400 meter rampaian individu di kejohanan renang US Pro Swim Series di Knoxville, Tennessee.

Pada tahun dengan acara kemuncak Kejohanan Dunia pada Julai lalu di Korea Selatan, Ledecky selaku juara siri 2018 memenangi acara 200 meter Khamis lepas dalam masa 1 minit 55.78 saat dan acara 400 meter rampai individu dalam masa 4:39.39.

Ledecky mengekori Hali Flickinger pada pertengaha­n renangan dalam acara 400 meter rampaian individu tetapi mencatatka­n masa 1:00.09 dalam pusingan gaya bebas terakhir untuk menang dengan kelebihan 0.41 sesaat manakala Melanie Margalis menduduki tempat ketiga dalam masa 4:40.31.

Dalam acara 100 meter, Ledecky menewaskan Simone Manuel dengan kelebihan 2.74 saat manakala Margalis di tempat ketiga dalam masa 1:58.68.

Ledecky, 21, memenangi pingat emas dalam acara 800 meter gaya bebas di Olimpik London 2012 dan memenangi acara-acara 200 meter, 400 meter dan 800 meter gaya bebas di Olimpik Rio 2016 selain membantu pasukan wanita AS memenangi pingat emas dalam acara 4x200 meter renang berganti-ganti.

Ledecky sudah memenangi acaraacara 400 meter, 800 meter dan 1,500 meter gaya bebas di setiap daripada tiga kejohanan dunia pada masa lalu di antara 14 mahkota dunia yang dia perolehi.

Dia turut mempertaha­nkan kejuaraann­ya dalam acara-acara 400 meter, 800 meter dan 1,500 meter gaya bebas di Kejohanan Pan Pasifik pada tahun lepas di Tokyo. — AFP

 ??  ?? LEDECKY
LEDECKY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia