Utusan Borneo (Sarawak)

Golf Damai Team Match Play dapat sambutan hangat

-

Pertanding­an Golf Damai Team Match Play yang diadakan di Damai Golf and Country Club (DGCC) mendapat sambutan menggalakk­an dengan penyertaan kian terhad kepada mereka berminat untuk turut serta.

Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh berkata setakat ini sebanyak 13 pasukan telah mendaftar walaupun tarikh tutup penyertaan pada 10 Februari depan.

“Pertanding­an ini sangat popular kalangan ahli kelab termasuk dari luar kerana merupakan acara sistem kalah mati dua kali antara pasukan dan semua pasukan bertanding boleh bersaing sesama mereka pada pusingan permulaan.

“Sebenarnya, kita menyasarka­n 16 pasukan mengambil bahagian namun setakat ini 13 slot telah pun diisi oleh pasukan-pasukan terlibat,” katanya sambil menambah ‘tee off’ pertanding­an dijangka diadakan pada 23 Februari depan.

Beliau menambah pertanding­an itu dijangka kompetitif kerana ramai pemain tempatan telah didaftar oleh pasukan bertanding demi memburu hadiah lumayan yang ditawarkan.

“Kita menjangkak­an pertanding­an ini menarik minat peserta untuk menyer- tai Pertanding­an Golf Texas Scramble yang turut diadakan di sini pada pertengaha­n tahun ini,” katanya.

Sementara itu, sambutan terhadap Pertanding­an Golf Damai Birthday Boy ( BB) tidak kurang hangatnya dengan 50 peserta mengambil bahagian dalam acara julung kali dipertandi­ngkan kelab itu.

Menurut Roslan, pertanding­an itu bertujuan mengumpul semua ahli kelab berkongsi hari jadi pada bulan ini selain mewujudkan hubungan mesra sesama mereka.

“Ia langkah baik kepada semua ahli kelab berkumpul dan bermain golf sama ada untuk meraikan hari jadi yang turut dikongsi bersama yang lain,” jelasnya.

Sementara itu, Wan Amin Wan Johan yang bermain dengan handikap 10 muncul juara kategori net selepas merekodkan skor 68 empat di bawah par manakala Abang Abdul Rahman di tempat kedua dengan 70 pukulan diikuti Mobil Mustapha di tempat ketiga.

Dalam kategori gross, pemegang handikap tujuh, Abdul Rahman Mansor muncul juara dengan 79 pukulan mengikut kiraan semula. Awang Madzelan Awang Bakeri di tempat kedua dan Awang Sani Seruji (ketiga).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia