Utusan Borneo (Sarawak)

Gabriel sertai JDT 4

-

Gabriel Nistelrooy Tamin sah akan menyertai JDT 4 (bawah 19 tahun) apabila ditawarkan kontrak selama setahun bersama pasukan Harimau Selatan.

Gabriel yang hadir di Johor Bahru bagi sesi pemilihan terakhir skuad itu berjaya menambat hati jurulatihn­ya, Gonzalo Sanz Zaballos.

Bintang muda kelahiran Kolej Vokasional Miri yang bermain di posisi penyerang itu akan menandatan­gani kontrak bersama JDT 4, Ahad ini (esok).

Selaku jurulatih yang mendidik Gabriel, Mohamad Hakimi Man berbangga dengan pencapaian Gabriel apabila menjadi pemain pertama dari Miri beraksi bersama JDT 4.

“Seperti yang kita tahu pasukan JDT atau akademi JDT bukan calang- calang pasukan kerana mereka mempunyai kualiti dan standart tersendiri.

“Pemilihan pemain-pemain bukan dibuat sebarangan sebaliknya memerlukan pemerhatia­n tajam jurulatihn­ya, Gonzalo Sanz Zaballos,” katanya di sini semalam.

Gabriel sebelum ini turut ditawarkan peluang untuk beraksi bersama Sarawak namun bintang muda berbangsa Iban itu memilih untuk bersama JDT 4.

Hakimi berkata, Gabriel seorang individu yang berdedikas­i, berdisplin dan patuh kepada nasihat mahupun arahan jurulatih.

“Gabriel berkeyakin­an tinggi untuk mengubah nasibnya demi menjadi pemain profesiona­l dan ini adalah peluang terbaik untuk beliau membuktika­n kemampuann­ya,” kata Hakimi.

 ??  ?? SAH MILIK JDT 4: Gabriel bakal menandatan­gani kontrak selama setahun bersama skuad JDT 4.
SAH MILIK JDT 4: Gabriel bakal menandatan­gani kontrak selama setahun bersama skuad JDT 4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia