Utusan Borneo (Sarawak)

Hung dan Henry dinobatkan peserta terbaik karnival olahraga 2019

-

Hung Ching Ching dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart dan Henry Cremsen Keply dari SMK Rosli Dhoby masing-masing dinobatkan peserta terbaik wanita dan lelaki Karnival Olahraga Tingka- tan Enam Peringkat Negeri Sarawak 2019 kelmarin.

Kejohanan berlangsun­g di Stadium Tun Zaidi di sini menyaksika­n Hung memenangi satu pingat emas dalam acara lompat jauh dan dua pingat gangsa acara larian 100m dan 4x100m.

Manakala Henry memenangi dua pingat emas untuk acara larian 100m dan 4x100m.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengetua SMK Sacred Heart, David Teo Wu yang juga Pengerusi Pengelola Karnival Olahraga Tingkatan Enam 2019.

Karnival Olahraga Tingkatan Enam Peringkat Negeri Sarawak 2019 anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu danSMK Sacred Heart.

Karnival itu disertai seramai 147 orang atlet dari 15 buah sekolah menengah dari empat PPD iaitu PPD Sibu, PPD Kanowit, PPD Meradong dan PPD Betong.

Sekolah menengah mengambil bahagian ialah SMK Sacred Heart, SMK Meradong, SMK Datuk Patinggi Kedit, SMK Rosli Dhoby, SMK Bandar Sibu, SMK Kanowit, SMK Sibu Jaya, SMK Lanang, SMK Sungai Merah, SMK Kampung Nangka, SMK Luar Bandar No.1, SMK Durin, SMK Jalan Oya, SMK Methodist dan SMK Chung Hua.

Sebanyak lima acara dipertandi­ngkan iaitu 100 meter, 800 meter, 4x100 meter lontar peluru dan lompat jauh Semua acara terbuka untuk kategori lelaki dan wanita.

 ??  ?? TERBAIK: Hung (tiga kiri) dan Henry (empat kanan) bersama David pada majlis penyampaia­n hadiah Karnival Olahraga Tingkatan Enam Peringkat Negeri Sarawak di Sibu semalam.
TERBAIK: Hung (tiga kiri) dan Henry (empat kanan) bersama David pada majlis penyampaia­n hadiah Karnival Olahraga Tingkatan Enam Peringkat Negeri Sarawak di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia