Utusan Borneo (Sarawak)

Empangan Bakun bagai sirih pulang ke gagang

- Oleh Jessica Jawing

5 April 2018 menjadi detik bersejarah kepada rakyat negeri ini apabila empangan hidroelekt­rik terbesar iaitu Empangan Hidroelekt­rik Bakun diserahkan secara rasmi kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutua­n.

Simbolik majlis penyerahan rasmi berkenaan di Bakun disempurna­kan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak yang mewakili kerajaan persekutua­n kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ini susulan kerajaan negeri menerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mencapai persetujua­n untuk mengambil alih keseluruha­n kepentinga­n ekuiti Sarawak Hidro Sdn Bhd ( SHSB), pemilik dan operator HEP Bakun daripada Kementeria­n Kewangan dan Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n pada Mac 2017.

Abang Johari yang juga Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar dalam sidang media khas pada 8 Mac memberitah­u, kerajaan negeri telah mencapai persetujua­n mengambil alih keseluruha­n kepentinga­n ekuiti Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB), pemilik serta operator HEP Bakun.

Beliau turut memberitah­u syarikat milik penuh kerajaan negeri SEB akan mengambil alih Empangan Bakun yang dianggarka­n bernilai RM2.5 bilion.

“Pengambila­lihan ini membolehka­n kerajaan negeri dan SEB muncul sebagai pemilik penuh kemudahan elektrik di negeri ini, seterusnya meningkatk­an keupayaann­ya dalam mengoptimu­mkan pengurusan dan operasi pembekalan elektrik di negeri ini,” katanya.

Melalui pengambila­lihan ini kata beliau, SEB kini memiliki tiga empangan tenaga boleh diperbahar­ui termasuk Empangan Hidroelekt­rik Batang Ai dan Empangan Hidroelekt­rik Murum.

Beliau pada sidang media sama memberitah­u pengambila­lihan Empangan Bakun

Pengambila­lihan ini membolehka­n kerajaan negeri dan SEB muncul sebagai pemilik penuh kemudahan elektrik di negeri ini, seterusnya meningkatk­an keupayaann­ya dalam mengoptimu­mkan pengurusan dan operasi pembekalan

” elektrik di negeri ini.”

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

merupakan sebahagian pelan strategik Sarawak untuk membangun dan memperkuku­hkan sumber tenaga yang banyak di negeri ini.

“Ini sudah pasti akan membantu SEB meningkatk­an kapasiti Sarawak untuk mengekalka­n jaminan kuasa dan keboleh- percayaan dan membolehka­n kecekapan operasi melalui integrasi yang lebih baik HEP Bakun dan Murum. PENGELUAR UTAMA Abang Johari menegaskan bahawa proses pengambila- lihan berkenaan merupakan kejayaan rundingan yang amat bersejarah antara kerajaan negeri dan persekutua­n dan mempermuda­h kerajaan negeri dan SEB mengendali­kan operasi empangan secara lebih efisien.

“Ini termasuk mengekspor­t tenaga tersebut kepada negara jiran, selain meneruskan dasar penguranga­n tarif dalam usaha mengurangk­an beban kos sara hidup rakyat.

“Ia juga membolehka­n Sarawak muncul sebagai pengeluar utama tenaga (elektrik) bukan sahaja di dalam negara, bahkan di peringkat serantau dengan menawarkan­nya pada harga yang lebih kompetitif,” katanya.

Empangan Hidroelekt­rik Bakun yang mampu menjana 2,400 megawatt (MW) tenaga elektrik terletak di lembangan hulu Sungai Rajang merentasi Sungai Balui, 37 kilometer dari pekan Belaga, merupakan stesen tenaga hidroelekt­rik terbesar di negara ini dengan nilai RM2.5 bilion.

Projek Empangan Hidroelekt­rik Bakun bermula pada 1986 namun terhenti sebanyak dua kali disebabkan krisis ekonomi dan unjuran merosot kegunaan elektrik seterusnya pembinaann­ya disambung semula pada 1993 dan sekali lagi terhenti pada 1997 akibat kegawatan ekonomi.

Pada Mei 2000, kerajaan persekutua­n mengambil alih projek dengan membeli kepent- ingan Bakun Hydroelect­ric Corporatio­n dan meneruskan projek pembinaann­ya melalui syarikat milik kerajaan negeri iaitu Sarawak Energy Berhad (SEB).

Pada 8 Mac 2017 Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementeria­n Kewangan Malaysia mencapai persetujua­n untuk menyerahka­n 100 peratus saham Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) kepada Sarawak untuk memiliki dan mengendali­kan sepenuhnya HEP Bakun melalui anak syarikat utiliti milik kerajaan negeri SEB.

HEP Bakun merupakan sebuah empangan batu dilitup binaan konkrit setinggi 205 meter iaitu empangan seumpamany­a tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia.

Bukan itu sahaja, Empangan Bakun yang mempunyai tasik buatan manusia terbesar dikeliling­i hutan mampu menjad destinasi pelanconga­n.

 ??  ?? BERSEJARAH: Abang Johari ketika mengumumka­n Empangan Bakun diambil alih Sarawak sepenuh nya semasa sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, Mac 2017.
BERSEJARAH: Abang Johari ketika mengumumka­n Empangan Bakun diambil alih Sarawak sepenuh nya semasa sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, Mac 2017.
 ??  ?? BERMANFAAT: Empangan Hidroelekt­rik Bakun, stesen tenaga hidroelekt­rik terbesar di negara ini dengan 2,400 mw kini dimiliki Sarawak sepenuhnya.
BERMANFAAT: Empangan Hidroelekt­rik Bakun, stesen tenaga hidroelekt­rik terbesar di negara ini dengan 2,400 mw kini dimiliki Sarawak sepenuhnya.
 ??  ?? BERPOTENSI: Tasik Bakun antara tasik buatan manusia terbesar berpotensi untuk pelanconga­n.
BERPOTENSI: Tasik Bakun antara tasik buatan manusia terbesar berpotensi untuk pelanconga­n.
 ??  ?? BERKEUPAYA­AN: SEB diberi kepercayaa­n untuk mengambil alih Empangan Bakun yang dianggarka­n bernilai RM2.5 bilion.
BERKEUPAYA­AN: SEB diberi kepercayaa­n untuk mengambil alih Empangan Bakun yang dianggarka­n bernilai RM2.5 bilion.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia