Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri sentiasa berusaha ringankan beban rakyat

- Oleh Harry Ilias

usaha meringanka­n beban rakyat berpendapa­tan rendah, kerajaan negeri Sarawak tampil dengan inisiatif menurunkan kadar premium tanah sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 6 Mei 2018.

Keputusan yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa lawatan ke Kampung Maludam dan Kampung Kuala Igan pada 6 Mei tahun lalu ternyata berita gembira bagi rakyat yang ditawarkan lot-lot di Skim Penempatan Semula dan Skim Pembesaran Kampung.

Penurunan kadar premium itu adalah khusus bagi Skim Penempatan Semula Stampin Fasa 1, Stampin Fasa 2, Stampin Fasa 3, Batu Kawa 2 ½ Fasa 1, Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Peringkat I, Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Peringkat II (Muslim), Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Peringkat II (bukan Muslim), Batu Kawa 4 ½ Fasa 3 dan Stapok yang melibatkan jumlah keseluruha­n 2,834 lot kediaman.

Abang Johari melihat keperluan untuk membantu rakyat berpendapa­tan rendah yang telah ditawarkan lot-lot di Skim Penempatan Semula dan Skim Pembesaran Kampung untuk menyelesai­kan pembayaran premium bagi lot-lot tersebut.

“Atas dasar prihatin terhadap golongan berpendapa­tan rendah yang terdiri daripada buruh kasar, petani dan nelayan di kawasan bandar dan luar bandar, Ketua Menteri telah mengarahka­n supaya kadar premium ditetapkan pada kadar RM2,500 satu lot iaitu penurunan 50 peratus daripada premium asal RM5,000 berkuat kuasa 6 Mei 2018.

“Penurunan 50 peratus premium ini juga akan memberi implikasi kewangan berjumlah RM7.085 juta kepada kerajaan negeri,” katanya.

Bagi semua sembilan Skim Penempatan Semula yang dinyatakan, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membayar balik premium yang telah dibayar melebihi RM2,500.

Permohonan pembayaran balik premium hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 31 Oktober, 2018 dan pertimbang­an hanya akan diberikan kepada pemegang lot asal sahaja.

Lot-lot yang telah dipindah milik tidak akan dipertimba­ngkan kecuali pindah milik tersebut berlaku dalam keadaan seperti pindah milik kepada pemegang surat kuasa mentadbir atau pindah milik atas dasar kasih sayang ahli keluarga terdekat.

Permohonan boleh dibuat kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk menyelesai­kan pembayaran premium secara ansuran selama 10 tahun dalam 10 ansuran. PMPG PERTAHAN HAK RAKYAT

Isu yang sekian lama menjadi perdebatan, Pemakai Menoa Pulau Galau (PMPG) berakhir selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 12 Julai, 2018 meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2018 dengan Seksyen 6A(2) dan Seksyen 6A(3)(b) dipinda.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas membentang­kan usul meminda Seksyen 6A(2) dan Seksyen 6A(3)(b) pada bacaan kali ketiga RUU Kanun Tanah ( Pindaan) 2018 pada hari keempat Persidanga­n DUN Sarawak Penggal Ke-18.

Menurut beliau, hak di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negeri, temuda dan sebagainya kekal, sambil menambah ketika ini PMPG iaitu hutan dara yang terjejas kerana undang-undang ini.

“Kerajaan menggunaka­n istilah hak ‘usufructua­ry’ sebagai satu cara penetapan, memberi contoh jika seseorang itu mahu menuntut sesebuah kawasan sebagai temuda, dia mesti sudah bercucuk tanam, manakala PMPG mesti dibuktikan sudah digunakan sebelum ini.

“Dengan undang-undang baharu ini peribumi tidak akan kehilangan mana-mana tanah yang sudah ditentukan di bawah Seksyen 5 sebagai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR),” katanya.

Menerusi pindaan itu, kerajaan Sarawak mahu mengiktira­f adat PMPG dalam masyarakat Iban, tetapi kaum etnik lain seperti Melayu menyebutny­a sebagai kawasan ‘cari makan.’

Uggah memberitah­u, beliau akan berbincang dengan Abang Johari berhubung permintaan beberapa ahli dewan membahaska­n RUU itu agar domain kawasan peribumi tidak dihadkan kepada 500 hektar kerana beberapa kawasan liputan wilayah peribumi sangat luas melebihi 500 hektar seperti di Ulu Rajang dan Ulu Baram.

Mengenai RUU itu kata Ug- gah, antara ciri utamanya ialah hak ke atas tanah boleh dibuat penduduk asal melalui akses ke sesuatu kawasan, bersempada­nan atau bersebelah­an dengan tanah NCR di bawah Seksyen 2 Kanun Tanah, jika hak ‘usufructua­ry’ yang dilaksanak­an penduduk peribumi sebelum 1 Januari, 1958.

Kata Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu, istilah ‘usufructua­ry’ hanyalah deskriptif daripada adat dan amalan yang akan diiktiraf secara undang-undang oleh peruntukan dipinda untuk mewujudkan hak pemilikan ke atas domain kawasan.

“Kebiasaan dan amalan yang diterangka­n di bawah takrif hak-hak ‘usufructua­ry’ adalah sama dengan adat PM dan PG masyarakat Iban.

“Amalan-amalan ini kini diberi pengiktira­fan di bawah istilah hak ‘usufructua­ry’,” jelasnya.

Kawasan hak-hak tersebut yang telah diwujudkan akan dikenali sebagai ‘domain kawasan peribumi’ di mana surat hak milik selama-lamanya akan dikeluarka­n kepada manamana individu atau pihak sebagai pemegang amanah oleh komuniti peribumi.

Surat hak milik dikeluarka­n ke atas ‘domain kawasan peribumi’ dan tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian atau tujuan lain dengan kebenaran daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Ini bermakna, tanah itu mungkin digunakan tidak hanya untuk mencari makan atau berburu dan sumber balak bagi penggunaan domestik, tetapi juga sebarang penggunaan bagi tujuan pertanian seperti termaktub dalam Seksyen 2 Kanun Tanah.

“Memandangk­an tanah untuk penggunaan eksklusif masyarakat peribumi, ahli masyarakat itu akan mempunyai prerogatif menentukan penggunaan ‘domain kawasan peribumi’ dalam kalangan mereka,” katanya.

Bagaimanap­un, jika komuniti peribumi berkenaan memutus untuk menggunaka­nnya selain pertanian, permohonan perlu dikemukaka­n kepada MMKN untuk menukar penggunaan tanah.

Beliau memberitah­u, konsep ‘domain kawasan peribumi’ dan pengeluara­n surat hak milik tanah Bumiputera diguna pakai kepada semua komuniti peribumi di Sarawak yang mempunyai hak ke atasnya.

Justeru katanya, adat komuniti tertentu yang tidak digunakan untuk menjelaska­n kawasan tertentu akan diiktiraf di bawah peruntukan ‘domain kawasan peribumi yang baharu ini.

“Malah, istilah baharu ‘domain kawasan peribumi’ dan ‘hak usufructua­ry’ mempunyai hubungan dengan adat PM dan PG kaum Iban.

“Surat hak milik tanah peribumi ini terangkum dalam definisi ‘dokumen hak milik’ dengan itu, kepentinga­n selama-lamanya ke atas kawasan liputan wilayah peribum diiktiraf,” katanya.

Jelas beliau lagi, sebarang tanah yang dimiliki di bawah hak-hak adat peribumi diwujudkan di bawah Seksyen 5 atau ‘domain kawasan peribumi’ di bawah cadangan baharu Seksyen 6A Kanun Tanah akan dikecualik­an daripada sebarang Pajakan Sementara yang dikeluarka­n di bawah pindaan Seksyen 28 Kanun Tanah.

Tambahnya, apabila rang undang-undang itu diluluskan peraturan akan dibuat di bawah Seksyen 213(1)(k) untuk memastikan apabila tuntutan bagi ‘domain kawasan peribumi’ sudah dibuat di bawah Seksyen 6A yang baharu pengendors­an akan dibuat d Pejabat Daftar Tanah supaya kawasan berkenaan boleh diisytihar­kan sebagai ‘domain kawasan peribumi’ dan boleh dikeluarka­n surat hak milik guna sama peribumi.

“Ini akan memastikan kawasan itu tidak akan diasingkan atau dikeluarka­n dengan surat hak milik kepada pihak ketiga,” katanya.

 ??  ?? ISU SELESAI: Uggah (duduk tengah) memberi penerangan semasa sidang media selepas membentang­kan RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018.
ISU SELESAI: Uggah (duduk tengah) memberi penerangan semasa sidang media selepas membentang­kan RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia