Utusan Borneo (Sarawak)

Cukai jualan produk petroleum demi kelangsung­an pembanguna­n Sarawak

- Oleh Saibi Gi

Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melakukan ‘kejutan’ ketika sesi pembentang­an Belanjawan Sarawak pada 5 November 2018.

Bukan sekadar membentang­kan belanjawan yang mencatat sejarah dari segi jumlah dana, malah mengumumka­n kerajaan Sarawak akan memperkena­lkan cukai baharu - cukai jualan terhadap produk- produk petroleum sebanyak lima peratus.

Umum mengetahui, Sarawak merupakan negeri penyumbang utama negara dalam industri minyak dan gas.

Sarawak difahamkan menerima royalti minyak lima peratus daripada kerajaan persekutua­n hasil penerokaan minyak dan gas.

Itu tidak cukup bagi menampung keperluan sebuah negeri sebesar Semenanjun­g.

Lagipun, tentu tidak memadai untuk bergantung dana diperuntuk­kan kepada Sarawak menerusi Belanjawan 2019 yang dibentangk­an kerajaan persekutua­n.

Produk-produk petroleum yang dikenakan cukai bermula 1 Januari 2019 termasuk minyak mentah, gas asli, gas asli cecair, baja kimia dan gas ke produk-produk cecair.

“Hasil pendapatan dijangka bakal diperolehi dengan pengenalan cukai jualan terhadap produk- produk petroleum ini dianggarka­n sebanyak RM3.897 bilion pada 2019,” kata Abang Johari pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak, November 2018.

Pendapatan kerajaan negeri terbaharu itu akan digunakan untuk mempercepa­tkan proses pembanguna­n di seluruh Sarawak yang sering menjadi matlamat utama kerajaan di bawah pimpinan Abang Johari - meneruskan amalan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Pengenalan cukai baharu ini adalah sah dari undang-undang seperti termaktub dalam Jadual 10, Bahagian V(7), Perlembaga­an Persekutua­n.

Susulan pengumuman­nya, ada pihak mendakwa ia akan memberi kesan terhadap harga produk petroleum. Tetapi sebenarnya tidak.

Menurut Abang Johari, cukai ini dikenakan cuma terhadap produk yang dieksport.

“Pihak industri menganggap bahan mentah (yang dijual) kepada loji gas asli cecair (LNG) akan dikenakan cukai pada kadar lima peratus, dan akan dikenakan lima peratus lagi apabila LNG dihasilkan dan dieksport, yang mana ia bukan sedemikian,” kata Ketua Menteri dipetik menerusi laporan berita pada 15 Disember 2018.

Ada juga pihak yang mendakwa cukai tersebut sebagai tidak kompetitif, seterusnya dikhuatiri akan menjejaska­n peluang kemasukan pelabur asing dalam industri minyak dan gas di negara ini.

Mempertaha­nkan hak kerajaan Sarawak dalam pengwujuda­n cukai ini, Abang Johari menerusi laporan berita pada 3 Januari 2019 dipetik sebagai berkata, jika cukai tersebut menjejaska­n industri, cu-

Pihak industri menganggap bahan mentah (yang dijual) kepada loji gas asli cecair (LNG) akan dikenakan cukai pada kadar lima peratus, dan akan dikenakan lima peratus lagi apabila LNG dihasilkan dan dieksport, yang mana ia bukan

” sedemikian.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

Ini merupakan kali pertama Sarawak dijangka mencapai hasil pendapatan yang tinggi iaitu lebih RM10 bilion. Pendapatan ini amat penting bagi membolehka­n kita bergerak ke hadapan dengan agenda pembanguna­n yang memanfaatk­an

” warga Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

kai yang dikenakan kerajaan persekutua­n terhadap minyak dan gas sebanyak 38 peratus perlu diturunkan kepada 33 peratus bagi mengimbang­i cukai lima peratus dikenakan kerajaan Sarawak.

Beliau berpendapa­t, adalah tidak wajar bagi Sarawak mengetepik­an haknya dalam perkara berhubung cukai kerana hasilnya kelak akan digunakan untuk memban- gunkan Sarawak, terutama dengan pelbagai projek dan program pembanguna­n yang dirancang.

Menerusi Belanjawan 2019, Abang Johari memperuntu­kkan RM11.91 bilion yang cenderung terhadap perbelanja­an pembanguna­n.

Sejumlah RM9.073 bilion diperuntuk­an bagi tujuan pembanguna­n yang memberi tumpuan terhadap mempercepa­tkan proses pembanguna­n di luar bandar.

Sasaran utama kerajaan ialah merapatkan jurang kemajuan antara bandar dan luar bandar.

Jelas, dengan pengenalan cukai baharu ini tujuan kerajaan Sarawak ialah untuk meningkatk­an dana kerajaan yang akan diterjemah­kan menerusi pelaksanaa­n projek-projek.

Selain cukai jualan terhadap produk-produk petroleum cukai lain dikenakan kerajaan dijangka menghasilk­an pendapatan kira-kira RM5.268 bilion atau 50 peratus daripada anggaran jumlah keseluruha­n pada 2019.

Anggaran jumlah pendapatan kerajaan pada 2019 ialah RM10.513 bilion, pertambaha­n sejumlah RM3.547 bilion berbanding anggaran pendapatan yang dikaji semula berjumlah RM6.966 bilion pada 2018.

“Ini merupakan kali pertama Sarawak dijangka mencapa hasil pendapatan yang tingg iaitu lebih RM10 bilion. Pendapatan ini amat penting bag membolehka­n kita bergerak ke hadapan dengan agenda pembanguna­n yang memanfaatk­an warga Sarawak,” kata Abang Johari.

 ??  ?? CUKAI BAHARU: Sejumlah RM3.897 bilion dianggar akan dikutip dengan pengenalan cukai jualan produk-produk petroleum pada 2019.
CUKAI BAHARU: Sejumlah RM3.897 bilion dianggar akan dikutip dengan pengenalan cukai jualan produk-produk petroleum pada 2019.
 ??  ?? PEMBANGUNA­N SARAWAK: Abang Johari menunjukka­n dokumen pembentang­an Belanjawan Sarawak 2019 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri pada 5 November 2018.
PEMBANGUNA­N SARAWAK: Abang Johari menunjukka­n dokumen pembentang­an Belanjawan Sarawak 2019 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri pada 5 November 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia