Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari mengutamak­an sistem perhubunga­n luar bandar

-

warga Sarawak terutama yang menggunaka­n jalan pesisir tidak akan kedengaran lagi dalam masa beberapa tahun akan datang apabila kerajaan Sarawak akan meneruskan empat projek pembinaan jambatan.

Setiap kali musim perayaan, pengguna jalan pesisir mengeluh kerana menunggu terlalu lama untuk menyeberan­gi sungai yang kini menggunaka­n perkhidmat­an feri.

Rintihan warga luar bandar sentiasa didengari Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pembinaan Jambatan Lassa (Mukah), Jambatan Rambungan (Lundu), Jambatan Bintulu-Jepak (Kuala Kemena, Bintulu) dan Jambatan Batang Lupar (Samarahan/Betong).

Berita gembira itu diumumkan Ketua Menteri menerusi pembentang­an Belanjawan Sarawak 2019 pada 5 November 2018. Projek-projek itu diteruskan kerajaan negeri pada tahun ini dengan menggunaka­n dana sendiri apabila kerajaan persekutua­n menangguhk­annya.

Penduduk luar bandar akan menerima kesan dari aspek sosioekono­mi. Misalnya, memu- dahkan mereka membawa hasil pertanian ke kawasan bandar, memudahkan pergerakan dan lain-lain.

Menteri Kerja Raya Baru Bian dalam satu laporan media pada Disember 2018 berkata, penangguha­n itu dilakukan kerana dana kerajaan persekutua­n tidak mencukupi.

Bagaimanap­un, kerajaan Sarawak enggan menoleh ke belakang menunggu dana daripada kerajaan persekutua­n.

Tetap diteruskan, tegas Abang Johari susulan laporan berita itu dan kerajaan negeri akan turut membina Jambatan Batang Igan (Mukah).

Malah, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi pada 22 Disember 2018 berkata:

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat memahami kepentinga­n jambatanja­mbatan ini bagi melengkapk­an perhubunga­n di kawasan pesisir.

“Penduduk kawasan pesisir berhak menerima kemudahan jalan raya yang lengkap agar kawasan ini berupaya membangunk­an segala potensi ekonomi dan meningkatk­an taraf hidup mereka, serta sistem perhubunga­n yang lebih baik.”

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad mewakili penduduk di kawasannya amat mengalu-alukan keputusan kerajaan Sarawak berhubung projek pembinaan Jambatan Lassa yang terletak di daerah Daro.

Dalam tempoh jangka panjang katanya, projek berkenaan akan membawa limpahan pembanguna­n sekaligus melonjakka­n lagi potensi ekonomi kawasan itu yang berasaskan pertanian dan perikanan.

“Kemudahan asas yang menghubung­i kawasan- kawasan seperti Tanjung Manis, Serdeng, Pulau Bruit, Matu, Daro dan Mukah ini akan menjadi pelengkap kepada pembanguna­n kawasan pesisir.

“Sudah pastinya bagi penduduk kawasan ini, ia adalah hadiah yang cukup istimewa,” katanya dipetik menerusi satu laporan media pada November 2018.

Umum mengetahui projek Pan Borneo Sarawak kini sedang giat dilaksanak­an.

Menyedari keperluan penduduk kawasan pesisir yang jauh dari Pan Borneo, kerajaan Sarawak turut merancang pembinaan Jalan Utama Kedua dan jalan pesisir.

Sudah pasti apabila siap kelak, ia akan menghubung­kan penduduk di beberapa kawasan yang kini belum dihubungka­n dengan jalan sempurna.

Ini merupakan pandangan jauh Ketua Menteri dalam merancang pembanguna­n sosioekono­mi warga Sarawak.

“Sarawak akan meneruskan pelaksanaa­n projek cadangan Jalan Utama Kedua yang dianggarka­n RM4 bilion hingga RM6 bilion,” tegas Abang Johari seperti dilaporkan media pada 23 Ogos 2018.

Jalan Utama Kedua dijangka mula dibina pada tahun in dan dijadual siap pada 2021 terbahagi kepada tiga pake iaitu Pakej A (Kota Samarahan ke Roban) kira-kira 109 kilomter (km), Pakej B (Sebuyau ke Sri Aman/Betong) sekitar 91km dan Pakej C (naik tara Jalan Kelupu/Jalan Tanjung Gentung ke Jambatan Lanang Sibu) dianggarka­n 31 km.

 ??  ?? PACU EKONOMI: Abang Johari merasmikan Seminar Pembanguna­n Jalan Pesisir Sarawak pada 8 Mac 2018.
PACU EKONOMI: Abang Johari merasmikan Seminar Pembanguna­n Jalan Pesisir Sarawak pada 8 Mac 2018.
 ??  ?? RANCANG PEMBANGUNA­N: Pengguna jalan pesisir masih menggunaka­n feri untuk menyeberan­g muara Batang Lupar.
RANCANG PEMBANGUNA­N: Pengguna jalan pesisir masih menggunaka­n feri untuk menyeberan­g muara Batang Lupar.
 ??  ?? PERHUBUNGA­N LUAR BANDAR: Sebelum siapnya Jambatan Batang Sadong, pengguna jalan pesisir menggunaka­n feri untuk menyeberan­gi Batang Sadong. Kini tidak lagi apabila jambatan itu siap.
PERHUBUNGA­N LUAR BANDAR: Sebelum siapnya Jambatan Batang Sadong, pengguna jalan pesisir menggunaka­n feri untuk menyeberan­gi Batang Sadong. Kini tidak lagi apabila jambatan itu siap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia