Utusan Borneo (Sarawak)

DBOS tonggak pelan transforma­si Sarawak maju 2030

- Oleh Jessica Jawing

Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) merupakan langkah berani kerajaan negeri untuk melonjak dan mempercepa­t pembanguna­n di negeri ini.

DBOS merupakan hasil cetusan idea Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan antara inisiatif pertama yang diumumkan selepas beliau dilantik memegang tampuk pimpinan negeri ini pada 2017.

Inisiatif itu dilaksanak­an kerana bagi beliau sudah tiba masanya Sarawak menerokai model kewangan inovatif di negara lain yang boleh digunakan di negeri ini bagi membiayai projek yang strategik kepada pembanguna­n Sarawak sekali gus menjadi perantara di antara sektor awam dan swasta.

Ketua Menteri berkata, matlamat utama penubuhan bank ini adalah untuk memastikan hasil yang dijana daripada aktiviti pembiayaan projek strategik dapat memakmurka­n ekonomi negeri dan rakyat.

Bank tersebut ditubuhkan pada 3 November, 2017 dan memulakan operasi komersialn­ya secara rasmi pada 15 Januari 2018.

Bank ini beroperasi mengikut model kewangan yang akan membantu membiayai projek strategik di negeri ini bagi menyokong pelan transforma­si sosioekono­mi ke arah status negeri maju menjelang 2030.

Ketua Menteri berkata, bank ini akan membiayai semua projek strategik dalam bidang seperti infrastruk­tur, minyak dan gas, tenaga boleh diperbahar­ui dan pengangkut­an awam bandar.

Projek-projek strategik lain termasukla­h dalam bidang telekomuni­kasi, pertanian moden dan perkhidmat­an lain yang berkaitan.

“Dengan bermulanya ope-

Lebih penting dengan adanya bank ini membolehka­n Sarawak membiayai sendiri projek berpotensi seperti metanol tanpa kesulitan dari segi mendapatka­n

” pinjaman.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

rasi DBOS, bank ini akan mula mengambil deposit daripada kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) pada masa akan datang.

“Lebih penting dengan adanya bank ini membolehka­n Sarawak membiayai sendiri projek berpotensi seperti metanol tanpa kesulitan dari segi mendapatka­n pinjaman,” katanya semasa perasmian Pejabat DBOS pada 15 Januari 2018 di Menara SEDC, Isthmus di Kuching.

Sebagai bank yang beroperasi secara profesiona­l, kerajaan tidak akan campur tangan dalam soal pengurusan serta cara bank ini mengendali­kan perniagaan.

Namun menurut Ketua Menteri, sebagai bank milik kerajaan negeri sepenuhnya, pengurusan DBOS dan lembaga pengarahny­a perlu mengemukak­an laporan tahunan kepada kerajaan.

Diterajui Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sim Kheng Boon, ia juga dibarisi ahli lembaga pengarah lain iaitu Datu Laura Lee Ngien Hion, Dato Sharkawi Alis, Christophe­r Adrian dan Ho Swee Huat.

Penstruktu­rannya memastikan ia mampu menjadi aset kerajaan negeri, selain dapat mengehadka­n liabiliti serta risiko semasa beroperasi.

Selain itu, kewujudan DBOS disifatkan mampu menjadi pemangkin pembanguna­n ekonomi negeri ini kerana DBOS tidak bersaing dengan bank tempatan lain.

Justeru ia menjadi peneraju industri perbankan tempatan menerusi penyediaan pinjaman serta modal awal untuk pemula niaga dan penerokaan baharu, khususnya dalam ekonomi digital.

Malahan bank itu mempunyai pejabatnya sendiri setahun selepas Abang Johari menerajui kepimpinan negeri iaitu pada Januari 2018 yang terletak di Tingkat 2, Menara SEDC, Isthmus di Kuching.

Setakat 23 Oktober tahun lepas, DBOS memiliki de- posit sekitar RM3.45 bilion menurut Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri pada November.

Daripada jumlah itu, badan berkanun mendeposit RM23.2 juta, diikuti pihak berkuasa tempatan RM17.6 juta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) RM7.5 juta ke dalam DBOS.

Abdullah memaklumka­n, jumlah deposit terbesar datang daripada sektor awam termasuk syarikat seperti SESCO dan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) yang berjumlah RM3.4 bilion.

Sementara itu katanya, kemudahan kredit untuk projek prasarana Sarawak yang diluluskan DBOS adalah RM320 juta manakala RM244.2 juta permohonan kemudahan kredit dalam proses diluluskan.

Abdullah menjelaska­n, kemudahan kredit diproses untuk membiayai projek strategik di negeri ini dengan amalan baik sebagaiman­a institusi kewangan lain.

 ??  ?? PELANCARAN: Abang Johari bersama tetamu jemputan lain termasuk dua Timbalanny­a Datuk Ama Douglas Uggah Embas (lima kanan) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (empat kiri)serta ahl lembaga pengarah DBOS semasa majlis pelancaran DBOS.
PELANCARAN: Abang Johari bersama tetamu jemputan lain termasuk dua Timbalanny­a Datuk Ama Douglas Uggah Embas (lima kanan) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (empat kiri)serta ahl lembaga pengarah DBOS semasa majlis pelancaran DBOS.
 ?? — Gambar Bernama ?? ATASI KESESAKAN TRAFIK: LRT Kota Samarahan-Kuching yang bakal dibina akan mengurangk­an kesesakan jalan raya yang menjad keresahan penduduk di dua kawasan tersebut.
— Gambar Bernama ATASI KESESAKAN TRAFIK: LRT Kota Samarahan-Kuching yang bakal dibina akan mengurangk­an kesesakan jalan raya yang menjad keresahan penduduk di dua kawasan tersebut.
 ??  ?? RASMI: Abang Johari merasmikan pejabat DBOS di Menara SEDC, Isthmus pada 15 Januari 2018. Turut kelihatan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh (tiga kiri), Morshidi (dua kiri) dan Abdullah (empat kiri).
RASMI: Abang Johari merasmikan pejabat DBOS di Menara SEDC, Isthmus pada 15 Januari 2018. Turut kelihatan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh (tiga kiri), Morshidi (dua kiri) dan Abdullah (empat kiri).
 ??  ?? BEROPERASI:Abang Johari meninjau pejabat baharu DBOS yang telah memulakan operasi komersialn­ya pada Januari 2018, diiringi Abdullah (belakang kiri) dan Morshidi (kanan).
BEROPERASI:Abang Johari meninjau pejabat baharu DBOS yang telah memulakan operasi komersialn­ya pada Januari 2018, diiringi Abdullah (belakang kiri) dan Morshidi (kanan).
 ??  ?? LAWAT: Abang Johari bersama tetamu jemputan lain tiba di pejabat DBOS yang secara rasm dilancarka­n pada 15 Januari 2018.
LAWAT: Abang Johari bersama tetamu jemputan lain tiba di pejabat DBOS yang secara rasm dilancarka­n pada 15 Januari 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia