Utusan Borneo (Sarawak)

LRT Kota Samarahan-Kuching khabar gembira bagi rakyat

- Oleh Harry Ilias

kerajaan negeri untuk meneruskan projek sistem Aliran Transit Ringan (LRT) bagi laluan Kota Samarahan-Kuching merupakan khabar gembira kepada penduduk yang mendiami dua bandar utama di Sarawak itu selepas sekian lama hidup dalam dilema.

Rata-rata orang ramai menyambut baik keputusan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg apabila pada 1 September 2018 beliau mengumumka­n pe- nangguhan pembinaan sistem Aliran Transit Ringan (LRT) kerana mahu memberi keuta- maan kepada pembanguna­n kemudahan asas penduduk luar bandar.

Namun atas desakan dan permohonan pihak kaunselor dan orang ramai, kerajaan negeri bersetuju meneruskan projek tersebut dengan laluan Kota Samarahan- Kuching sebagai perintis dalam usaha mengurangk­an masalah kesesakan yang kian meruncing di laluan terbabit.

“Laluan Kota SamarahanK­uching perlu diberikan perhatian kerana terdapat aduan jalan di Kota Samarahan-Kuching sesak setiap hari bermula jam 5 pagi dan terutama waktu puncak.

“Saya telah memberi jaminan bahawa cadangan pembinaan sistem LRT adalah mengikut teknologi kereta api terkini yang jauh lebih murah dibandingk­an dengan yang sedia ada di Malaysia,” katanya semasa ucapan penggulung­an pada Sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak Ke-18 pada 14 November 2018.

Katanya, sebahagian kos modal projek tersebut diimbangi oleh keuntungan hartanah sekitar laluan yang dicadangka­n dengan pembanguna­n berorienta­sikan transit.

Menurut beliau, keuntungan dijana melalui penyediaan perumahan mampu milik dan pembanguna­n bandar moden dalam lingkungan 800 meter dari hentian transit atau kirakira 10 minit berjalan kaki.

Berdasarka­n perancanga­n awal, kerajaan negeri akan mula membina tiga laluan utama LRT pada 2019 dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 2024.

Abang Johari berkata, asalnya ia mempunyai laluan sepanjang 154.2 kilometer dengan laluan dari Kota Samarahan ke pusat pelanconga­n Damai sejauh 62.4 kilometer.

Laluan ini dijangka mempunyai 28 stesen dan akan memenuhi 48 peratus daripada penggunaan sistem itu setiap hari.

Selain itu, Abang Johari berkata, proses pembinaan LRT dianggarka­n dapat mewujudkan 20,919 pekerjaan apabila ia beroperasi sepenuhnya.

Selain itu, ia juga membantu merangsang pertumbuha­n ekonomi, merancakka­n industri pelanconga­n sekali gus meningkatk­an pelaburan d Sarawak.

 ??  ?? TERUSKAN: Abang Johari semasa ucapan penggulung­an pada Sidang DUN Sarawak Ke-18 pada 14 November 2018.
TERUSKAN: Abang Johari semasa ucapan penggulung­an pada Sidang DUN Sarawak Ke-18 pada 14 November 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia