Utusan Borneo (Sarawak)

Era baharu pertanian Sarawak berasaskan digital

- Oleh Sandy Mark Luna

KETUA Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyasar untuk menjadikan Sarawak sebagai pengekspor­t bersih hasil dan produk pertanian berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan bukan sahaja di dalam, malah luar negara menerusi transforma­si sektor pertanian.

Untuk tujuan itu, kerajaan Sarawak mahu memodenkan pertanian dengan penggunaan teknologi terbaharu serta terus mencari pendekatan baharu secara inovatif dan lebih holistik dalam membangunk­an sektor tersebut di negeri ini.

Berucap pada pelancaran rasmi Sarawak AgroFest 2018 di pekarangan Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini pada Oktober lalu, Abang Johari berkata Sarawak menyasarka­n untuk menjadi negeri pengeluar bersih makanan menjelang 2030.

Beliau yakin sektor pertanian yang dahulu dianggap sebagai kegiatan sambilan masyarakat dapat ditransfor­masi menerusi enam teras sebagai pendekatan strategik.

Enam teras itu ialah penglibata­n korporat, mewujudkan usahawan tani, pembinaan Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPPC), meningkatk­an infrastruk­tur luar bandar, menyediaka­n dana teroka RM200 juta untuk menyokong usahawan tani dan mewujudkan kesedaran kepentinga­n pertanian.

“Inilah antara strategist­rategi dalam membangunk­an sektor pertanian kita dan apa yang kita perlukan sekarang adalah komitmen dan kerja keras untuk mentransfo­rmasikan sektor pertanian kita.

“Saya sebagai Ketua Menteri akan terus mencari cara-cara baharu secara inovatif dan lebih holistik dalam membangunk­an sektor pertanian kita untuk menjadi negeri pengeluar bersih makanan menjelang 2030,” katanya.

Dalam usaha mencapai matlamat sebagai pengeluar utama produk makanan di negara ini serta meningkatk­an pertanian moden, Taman Agro bakal diwujudkan di beberapa lokasi berpotensi.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri pada Julai lalu, empat Taman Agro bakal diwujudkan iaitu di Sarikei (2), Kota Samarahan (1) dan Saribas (1).

Inilah antara strategi-strategi dalam membangunk­an sektor pertanian kita dan apa yang kita perlukan sekarang adalah komitmen dan kerja keras untuk mentransfo­rmasikan sektor pertanian kita. ”

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

Katanya, kerajaan negeri juga telah meluluskan lima lagi Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) untuk dibangunka­n pada masa depan berikutan sambutan baik daripada belia.

Setakat ini empat TKPM telah dibangunka­n di seluruh negeri iaitu di Rampangi, Pejiru dan Semenggok di Kuching serta Kabuloh di Miri.

“Daripada empat TKPM yang beroperasi sekarang, kira-kira 53 peratus peserta adalah belia dengan purata pendapatan bulanan RM4,500 dan pendapatan tahunan tertinggi yang dicatatkan ialah RM350,000,” katanya.

Taman Agro tersebut se- bagai tambahan kepada model pembanguna­n TKPM yang telah melahirkan ramai petani moden belia yang berjaya. PUSAT PENGUMPULA­N, PEMPROSESA­N DAN PEMBUNGKUS­AN (CPPC)

Untuk memperkuku­h usaha pengkomers­ialan pengeluara­n pertanian, kerajaan mengumumka­n pada Mei 2017 peruntukan RM8 juta bagi menubuhkan empat CPPC termasuk Tarat, Serian, Stesen Pertanian Bersepadu Layar dan Betong.

Peruntukan diberikan untuk mewujudkan pusat ini bagi para petani mengumpul hasil tani mereka dan dieksport ke pasaran luar. TAMAN KEKAL PENGELUARA­N MAKANAN (TKPM)

Pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei 2017, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, TKPM Rampangi antara tiga kawasan baharu TKPM yang sedang dibangunka­n, selain Penipah di Mukah dan Pejiru di Bau.

Lapan lagi kawasan TKPM sedang dalam perancanga­n termasuk TKPM Debak di Betong yang dijangka beroperasi menjelang 2020.

Projek TKPM di Sarawak menyasarka­n keluaran hasil pertanian sebanyak 10,000 tan metrik dengan nilai RM18 juta setahun dan bakal melibatkan 165 usahawan tani dengan keluasan tanah diusahakan 729 hektar.

Sarawak turut menerapkan teknologi moden dan digital termasuk fertigasi, pertanian pintar dan inseminasi buatan (AI) untuk meningkatk­an pengeluara­n dan meningkatk­an standard kualiti terutama untuk memenuhi keperluan pasaran eksport.

Sistem Internet Benda ( Internet of Thing, IoT) diguna pakai di TKPM Rampangi, Kuching bagi mengawal serta memantau aktiviti pertanian, menjadikan­nya TKPM pertama mengaplika­sikan kete- patan pertanian sepenuhnya di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penggunaan sistem IoT itu seiring misi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mentransfo­rmasikan sektor pertanian konvension­al kepada ketepatan pertanian berasaskan teknologi pintar.

“Ini sangat penting kerana Ketua Menteri mahu kita beralih kepada pengekspor­tan produk makanan dan apa yang hendak dieksport mesti menepati standard ditetapkan badan- badan antarabang­sa,” kata Uggah sambil menambah, TKPM Rampangi akan menjadi model kepada TKPM lain pada masa akan datang. MEMBANGUNK­AN KAPASITI PERTUBUHAN PELADANG

Abang Johari pada April 2017 turut mengumumka­n peruntukan kira-kira RM20 juta untuk membina ibu pejabat Pertubuhan Peladang Sarawak di Kota Samarahan.

Beliau meluluskan peruntukan RM20 juta untuk membina ibu pejabat warga peladang di negeri ini di atas tanah berkeluasa­n tiga ekar yang akan dibina dengan reka bentuk moden dan terkini serta dilengkapi kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

“Ini akan menjadi langkah pertama kita untuk menjadikan Pertubuhan Peladang menjadi pusat pengumpula­n bahan pertanian dan pengagihan ke pasaran luar,” tambahnya. MEMBIAYAI PEMBANGUNA­N PERTANIAN

Sebagai langkah mengukuhka­n model perniagaan untuk sektor pertanian, Sarawak menawarkan dana teroka kepada petani dan mereka yang terlibat dalam industr tersebut, sekali gus memajukan golongan usahawan dalam sektor pertanian luar bandar

Peruntukan RM100 juta itu yang diumumkan Ketua Menteri pada Julai 2017 adalah antara alternatif bagi membantu golongan sasaran meningkatk­an pendapat mereka.

 ??  ?? HASIL BUMI: Abang Johari menunjukka­n buah nanas dan terung selepas menyempurn­akan pelancaran Sarawak AgroFest 2018.
HASIL BUMI: Abang Johari menunjukka­n buah nanas dan terung selepas menyempurn­akan pelancaran Sarawak AgroFest 2018.
 ??  ?? LENGKAP: Kerajaan menyediaka­n loji ais berkapasit­i 300 tan di Tanjung Manis untuk menampung lebih banyak pendaratan ikan dari kapal-kapal nelayan laut dalam.
LENGKAP: Kerajaan menyediaka­n loji ais berkapasit­i 300 tan di Tanjung Manis untuk menampung lebih banyak pendaratan ikan dari kapal-kapal nelayan laut dalam.
 ??  ?? BANGGA: Abang Johari ketika melawat pameran sempena Sarawak AgroFest 2018 pada Oktober lepas.
BANGGA: Abang Johari ketika melawat pameran sempena Sarawak AgroFest 2018 pada Oktober lepas.
 ??  ?? TERTARIK: Abang Johari melihat sayur-sayuran ketika melawat pameran sempena Sarawak AgroFest 2018 pada Oktober lepas.
TERTARIK: Abang Johari melihat sayur-sayuran ketika melawat pameran sempena Sarawak AgroFest 2018 pada Oktober lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia