Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi terkini pacu globalisas­i pertanian Sarawak

-

menyasar menjadi pengekspor­t bersih hasil dan produk pertanian bagi memenuhi keperluan pasaran domestik dan global.

Matlamat itu boleh dicapai dengan mentransfo­rmasikan pertanian kepada sektor moden, berdaya saing dan mampan, mampu menjana perniagaan baharu yang inovatif dan peluang pekerjaan tinggi.

Sektor pertanian perlu dimodenkan dan dikomersia­lkan dengan memanfaatk­an teknologi terkini.

Kira-kira RM315 juta dicadang untuk digunakan pada 2019 bagi program modal teroka untuk memperkuku­hkan model perniagaan bagi sektor pertanian.

Selain itu, pembanguna­n industri tanaman termasuk penubuhan taman pengelu- aran makanan kekal di beberapa bahagian, Taman Agro di Samarahan dan Sarikei, Projek fertigasi di Mukah serta program pembanguna­n tanaman seperti padi, buahbuahan, getah, minyak sawit, sayur dan herba.

Program-program Pembanguna­n Luar Bandar merangkumi pembanguna­n pusat pertumbuha­n desa juga bakal dilaksanak­an, sejajar dengan perikanan darat, akuakultur, ternakan, dan projek berkaitan veterinar.

Promosi dan pendidikan pertanian juga disasarkan bersama dengan peningkata­n mekanisasi dan infrastruk­tur pertanian. INISIATIF TRANSFORMA­SI MoU dengan syarikat swasta

• Bagi merealisas­ikan matlamat sebagai pengekspor­t makanan utama pasaran dunia menjelang 2030, kerajaan negeri pada 23 April 2018 memeterai dua Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd dan Rimbunan Hijau Sdn Bhd bagi membangunk­an sektor pertanian dalam industri durian dan madu kelulut.

• Pada 5 Oktober 2018, Sarawak menandatan­gani MoU dengan Banana Tree Sdn Bhd bagi pembanguna­n industri pisang, Saramanis Sdn Bhd untuk nanas dan Sea Horse Corporatio­n untuk udang.

RM2.5 juta untuk penanaman durian Musang King di Betong

• Kerajaan menyasar untuk mempunyai kira-kira 50,000 pokok dalam kawasan Parlimen Betong merangkumi Bukit Saban, Saribas dan Layar.

• Setakat ini, kira-kira 1,000 anak pokok diagihkan kepada petani di kawasan Paku dan Beduru.

• Perancanga­n juga sedang dibuat untuk membangun dan memasarkan durian jenama Sarawak daripada sumber spesies durian tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia