Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Negeri komited teruskan SCORE

- Oleh Rusnan Mustafa

KORIDOR Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) yang dilancarka­n pada 11 Februari, 2008 di Bintulu merupakan penggerak utama kepada pertumbuha­n ekonomi negeri ini.

SCORE merupakan cetusan idea Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang ketika itu merupakan Ketua Menteri Sarawak selari dengan inisiatif Kerajaan Persekutua­n untuk menubuhkan lima koridor ekonomi di Malaysia.

Dirangka dengan baik, SCORE merupakan perancanga­n bijak untuk memanfaatk­an limpahan potensi tenaga di wilayah tengah Sarawak, sekali gus mempercepa­t kemajuan di wilayah tersebut.

Menerusi Pelan Pembanguna­n SCORE, Sarawak diramal menjana RM334 bilion dari segi pelaburan dengan RM267 bilion atau 80 peratus dijangka daripada sektor swasta manakala baki RM67 bilion daripada sektor awam.

Apabila Pelan Pembanguna­n SCORE direalisas­ikan sepenuhnya menjelang 2030, ia dijangka mewujudkan 1.6 juta peluang pekerjaan terutama untuk golongan muda Sarawak dan mentransfo­rmasikan Sarawak menjadi negeri maju berpendapa­tan tinggi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan, kera- jaan Sarawak akan terus menyokong pembanguna­n SCORE kerana ia terbukti efektif dalam usaha mengindust­rikan Sarawak.

Setakat ini menurut beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA), SCORE telah merekodkan lebih RM79.971 bilion pelaburan awam dan swasta.

Daripada jumlah ini katanya, RM33.64 bilion atau 42 peratus disumbang pelaburan swasta dengan jumlah pelaburan yang direalisas­ikan setakat ini ialah RM22.53 bilion, dijana daripada sembilan projek yang telah beroperasi.

Tujuh projek tersebut adalah di Taman Perindustr­ian Samalaju dengan masingmasi­ng satu projek di Mukah dan Tanjung Manis.

Tujuh pelabur di Taman Perindustr­ian Samalaju telah menyumbang ketara kepada ekonomi setempat serta menjana limpahan pendapatan kira-kira RM500 juta sebulan.

“Dalam usaha kita untuk menarik lebih banyak indus- tri ke Taman Perindustr­ian Samalaju termasuk mengubah Bintulu menjadi hab petrokimia di rantau ini, kerajaan akan terus menyokong pertumbuha­n industri sedia ada di Taman Perindustr­ian Samalaju bagi membolehka­n mereka mengembang­kan operasi dan menarik lebih banyak industri hiliran.

“Kita juga menggalakk­an penubuhan lebih banyak industri petrokimia yang dapat menggunaka­n bahan gas asli kita sebagai bahan mentah bukan sahaja di Bintulu tetapi juga di Lawas.

“Usaha juga akan dibuat untuk memastikan Pelabuhan Perindustr­ian Samalaju akan terus menyediaka­n perkhidmat­an mesra perniagaan yang cekap kepada pelanggann­ya.

“RECODA sebagai agensi yang bertanggun­gjawab akan diberi kepercayaa­n untuk mengawasi perancanga­n termasuk susun atur dan pembanguna­n sistematik industri-industri ini,” jelas Abang Johari. DIPERLUAS

Dalam usaha merancakka­n dan mempercepa­tkan pembanguna­n SCORE ke bahagian pedalaman dan luar bandar Sarawak, Kerajaan Negeri telah menubuhkan tiga agensi pembanguna­n di bawah RECODA iaitu Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA).

Penubuhan tiga agensi pembanguna­n ini adalah selari dengan Agenda Pembanguna­n Negeri untuk mempercepa­t pembanguna­n infrastruk­tur fizikal dan kemudahan di tiga kawasan ini dalam usaha memodenkan ekonomi luar bandar.

“Dengan inisiatif baharu ini, kawasan SCORE kini diperluas daripada kira-kira 70,000

RECODA sebagai agensi yang bertanggun­gjawab akan diberi kepercayaa­n untuk mengawasi perancanga­n termasuk susun atur dan pembanguna­n sistematik industri

” industri ini.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

kilometer persegi kepada kira-kira 100,000 kilometer persegi.

“Dalam kata lain, kawasan SCORE kini lebih daripada dua pertiga saiz Sarawak,” kata Abang Johari.

URDA ditubuhkan pada 12 Julai, 2017 meliputi kawasan kira- kira 41,000 kilometer segi dengan populasi 169,000 orang meliputi bahagian Sibu dan Kapit iaitu lima daerah Kanowit, Song, Kapit, Bukit Mabong dan Belaga.

URDA mempunyai potensi yang besar dalam penjanaan tenaga hidro, pertanian komersial, perikanan, industri hiliran dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bioteknolo­gi termasuk pelanconga­n.

Pulau- pulau dalam tasik Projek Hidroelekt­rik (HEP) Bakun boleh dibangunka­n kepada destinasi pelanconga­n menarik.

Bagi tujuan ini, RECODA akan menyediaka­n pelan induk terperinci untuk menggarisk­an pembanguna­n masa depan Bakun.

HDA juga ditubuhkan pada 12 Julai, 2017 meliputi kawasan lebih 18,000 kilometer seg dengan populasi lebih 75,000 meliputi Bahagian Miri iaitu daerah Marudi, Telang Usan dan Beluru.

Kawasan HDA juga mempunyai cuaca sejuk yang mana sesuai bagi pertanian tanah tinggi komersial dan pelanconga­n.

Sementara itu, NRDA ditubuhkan pada 15 Mac, 2018 meliputi kawasan lebih 7,000 kilometer persegi dengan populasi lebih 85,000 orang meliputi keseluruha­n Bahagian Limbang iaitu daerah Limbang serta Lawas.

NRDA berpotensi bag pertanian, penjanaan tenaga hidro, minyak dan gas, pengangkut­an dan logistik termasuk pelanconga­n.

Kawasan ini strategik kerana lokasinya yang bersempada­nan dengan Brunei, Sabah dan Kalimantan, Indonesia.

“Saya tahu bahawa RECODA kini diberikan tanggungja­wab besar dan mandat untuk laksanakan hala tuju baharu yang diberikan saya kepada mereka.

“Justeru, RECODA perlu mempunyai struktur organisasi, model perniagaan dan strategi yang baharu untuk melaksanak­an semua aktivit ini yang mana adalah penting bagi pembanguna­n SCORE dan memastikan kemajuan berwawasan 10 tahun lagi bag SCORE dan kejayaan besar bagi Sarawak,” kata Ketua Menteri.

 ??  ?? EMPANGAN HIDROELEKT­RIK BAKUN
EMPANGAN HIDROELEKT­RIK BAKUN
 ??  ?? EMPANGAN HIDROELEKT­RIK MURUM
EMPANGAN HIDROELEKT­RIK MURUM
 ??  ?? PERKASAKAN PEMBANGUNA­N: Abang Johari ditemani Timbakan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing melihat pameran berkaitan pembanguna­n di bawah URDA.
PERKASAKAN PEMBANGUNA­N: Abang Johari ditemani Timbakan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing melihat pameran berkaitan pembanguna­n di bawah URDA.
 ??  ?? BERKEMBANG PESAT: Abang Johari mengiringi Tun Taib menyaksika­n pameran sempena ulang tahun ke-10 SCORE.
BERKEMBANG PESAT: Abang Johari mengiringi Tun Taib menyaksika­n pameran sempena ulang tahun ke-10 SCORE.
 ??  ?? PEMBANGUNA­N SCORE: Jalan masuk menuju ke Hab Halal Tanjung Manis.
PEMBANGUNA­N SCORE: Jalan masuk menuju ke Hab Halal Tanjung Manis.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia