Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sebagai hab ekonomi digital global

- Oleh Patricia Gari

Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperkena­lkan inisiatif ekonomi digital untuk membawa ekonomi Sarawak ke peringkat lebih maju dan berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Penganjura­n pertama Persidanga­n Antarabang­sa Tahunan Ekonomi Digital (IDECS) pada 4 April, 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) telah menggarisk­an lapan resolusi atau tindakan ke arah Ekonomi Digital Sarawak.

Antara resolusi itu ialah penubuhan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), penubuhan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), penubuhan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak ( SDEC) serta komitmen menaik taraf kelajuan Internet, Kampung Digital dan E-Com Y30.

Pada 8 November, 2017 Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Ordinan SMA dan pada 13 Disember tahun sama SMA dilancarka­n bersama Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022.

Menurut Abang Johari semasa berucap pada majlis pelancaran itu, SMA akan menjadi badan pusat yang akan mengawasi dan mengawal selia strategi serta inisiatif digital di negeri ini.

“Keanggotaa­n SMA terdiri daripada Ketua Menteri sebagai Pengerusi, tiga ahli majlis iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Besar Negeri dan Setiausaha Kewangan Negeri, tidak kurang lima dan tidak lebih tujuh anggota lain yang mempunyai pengalaman, pengetahua­n atau kepakaran terbukti dalam komunikasi dan multimedia,” katanya

Abang Johari berkata, SMA mempunyai 16 fungsi, antaranya, menasihati kerajaan mengenai semua perkara berkaitan dengan objektif dasar negeri berhubung aktiviti komunikasi dan multimedia untuk membangunk­an ekonomi digital merangkumi pembanguna­n infrastruk­tur digital, keselamata­n siber, pembanguna­n bakat, e-dagang, penyelidik­an dan pembanguna­n dalam teknologi digital, inovasi digital dan keusahawan­an serta kerajaan digital.

Katanya lagi, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) akan bertindak sebagai agensi pelaksana SMA.

Abang Johari turut menjadikan Estonia sebagai penanda aras pembanguna­n digital Sarawak kerana kecanggiha­n penggunaan teknologi maklumat di negara kecil Eropah itu.

Menurutnya, walaupun penduduk Estonia mempunyai 1.3 juta orang, negara itu peneraju utama dalam pembanguna­n ekonomi digital.

“Penembusan jalur lebar tinggi ke seluruh pelosok negaranya kunci utama kejayaan mereka sehingga diiktiraf sebagai negara model digital.

“Tidak cukup dengan penembusan jalur lepas, Estonia menyediaka­n kepantasan hubungan Internet yang le-

Justeru sebanyak RM1bilion diperuntuk­kan kerajaan negeri bermula 2018 membabitka­n enam domain pembanguna­n digital sebagai inisiatif

” agenda ekonomi digital Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

stari.

“Justeru sebanyak RM1bilion diperuntuk­kan kerajaan negeri bermula 2018 membabitka­n enam domain pembanguna­n digital sebagai inisiatif agenda ekonomi digital Sarawak,” katanya ketika membentang­kan belanjawan 2018 di DUN pada 8 November lalu.

Peruntukan RM1 bilion itu katanya, bagi membina lebih banyak infrastruk­tur telekomuni­kasi termasuk menambah jumlah menara

 ??  ?? TANPA TUNAI: Abang Johari melancarka­n aplikasi e-dompet Vcash, satu inisiatif baharu Malaysia Airports Holdings Berhad.
TANPA TUNAI: Abang Johari melancarka­n aplikasi e-dompet Vcash, satu inisiatif baharu Malaysia Airports Holdings Berhad.
 ??  ?? INISIATIF KERAJAAN NEGERI: Abang Johari semasa melancarka­n Sarawak Pay dalam majlis di Kuching.
INISIATIF KERAJAAN NEGERI: Abang Johari semasa melancarka­n Sarawak Pay dalam majlis di Kuching.
 ??  ?? METERAI PERJANJIAN: Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani mewakili kerajaan negeri pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an dengan KT Corporatio­n Sdn Bhd semasa IDECS Mei tahun lalu.
METERAI PERJANJIAN: Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani mewakili kerajaan negeri pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an dengan KT Corporatio­n Sdn Bhd semasa IDECS Mei tahun lalu.
 ??  ?? LIPUTAN LEBIH BAIK: Pembinaan lebih banyak menara telekomuni­kasi antara inisiatif kerajaan untuk meningkatk­an lagi kelajuan Internet di Sarawak.
LIPUTAN LEBIH BAIK: Pembinaan lebih banyak menara telekomuni­kasi antara inisiatif kerajaan untuk meningkatk­an lagi kelajuan Internet di Sarawak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia