Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha segera Sarawak atasi isu sekolah daif

- Oleh Rusnan Mustafa

melahirkan anak Sarawak yang berjaya, penekanan dari segi pembanguna­n modal insan sentiasa dititikber­atkan dan menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Malah, meskipun pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutua­n, namun Kerajaan Sarawak turut memainkan peranan dalam meningkatk­an standard pendidikan di negeri ini.

Antara usaha Kerajaan Sarawak untuk meningkatk­an standard pendidikan di negeri ini adalah menaik taraf infrastruk­tur pendidikan terutama melibatkan isu sekolah daif.

Isu sekolah daif amat penting untuk ditangani supaya anak Sarawak di setiap peringkat di negeri ini mendapat pendidikan yang selesa dan saksama.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, Sarawak masih ada 904 sekolah daif untuk dibina semula atau dinaik taraf.

B e l i a u m e m b e r i t a - hu, Sarawak memerlukan sekurang- kurangnya RM3 bilion untuk membina semula dan menaik taraf kesemua sekolah daif tersebut.

“Kerajaan persekutua­n hanya memperuntu­kkan RM100 juta untuk sekolah daif di seluruh negara di bawah Belanjawan 2019.

“Daripada jumlah tersebut berapa banyak yang kita akan dapat? Mungkin RM10 juta atau mungkin juga RM5 juta.

“Sedangkan kita menganggar­kan RM3 bilion untuk 904 sekolah daif yang perlu dibina semula atau dinaik taraf,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ditanya apa langkah Sarawak selepas ini, Manyin berkata, memandangk­an Sarawak bukan dalam kerajaan persekutua­n, maka Sarawak mungkin menggunaka­n dana sendiri.

Tetapi katanya, ia tidak begitu adil kepada Sarawak kerana kita semua membayar cukai kepada negara.

“Kita membayar 15 peratus cukai dan apa yang kita dapat hanya 1.4 peratus sahaja,” ujarnya menambah sudah masanya untuk rakyat Sarawak berjuang.

Maka itu, saya telah memutuskan Kerajaan Sarawak akan membelanja­kan RM81.7 juta tahun depan (2019) untuk meneruskan program menjadikan sekolahsek­olah ini lebih baik termasuk penyediaan air bersih dan elektrik untuk manfaat para

“pelajar dan guru meskipun pendidikan di bawah bidang kuasa persekutua­n.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Pendidikan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n dan Putrajaya tidak boleh melepaskan tanggungja­wabnya

“menyediaka­n kemudahan berkualiti kepada pelajar dan guru di Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

BAJET BESAR

Kerajaan Sarawak memerlukan lebih RM1 bilion untuk membaiki, menggantik­an dan membina semula semua sekolah daif Sarawak tetapi malangnya Bajet Persekutua­n 2019 tidak menunjukka­n sebarang peruntukan untuk tujuan berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membentang­kan Bajet 2019 Sarawak di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-18 Mesyuarat Kedua bagi Penggal Ketiga lalu mencadangk­an peruntukan sejumlah RM81.7 juta untuk membina semula, membaik pulih dan menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sarawak termasuk menyediaka­n kemudahan bekalan air dan elektrik.

Menurutnya, Sarawak perlu melangkah ke arah menyegerak­an pembanguna­n sekolah-sekolah di Sarawak dengan menggunaka­n dana negeri dan akan terus melakukann­ya tahun ini.

Katanya, tindakan segera perlu diambil kerana Sarawak tidak dapat menunggu peruntukan Kerajaan Persekutua­n yang terlalu lama sedangkan sekolah- sekolah ini terlalu usang dan tidak selamat untuk diduduki.

Malah Abang Johari menerusi teks ucapannya pada majlis Let’s Rebuild St Teresa Grand Dinner 2018 yang dipetik berkata, kerajaan mengambil inisiatif membaiki sekolah-sekolah itu dengan menggunaka­n dana Sarawak namun ia tidak bermakna kerajaan persekutua­n harus melepaskan tanggungja­wabnya untuk memastikan kemudahan pendidikan di negeri ini dalam keadaan baik.

“Pendidikan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n dan Putrajaya tidak boleh melepaskan tanggungja­wabnya menyediaka­n kemudahan berkualiti kepada pelajar dan guru di Sarawak,” tegasnya.

Abang Johari berkata, Belanjawan 2019 kerajaan persekutua­n tidak menyatakan secara spesifik peruntukan bagi pembinaan dan baik pulih 1,020 sekolah daif di seluruh Sarawak.

Sehubungan itu katanya, kerajaan Sarawak tidak mahu dituduh mengabaika­n sekolahsek­olah di Sarawak khasnya di kawasan luar bandar.

“Maka itu, saya telah memutuskan Kerajaan Sarawak akan membelanja­kan RM81.7 juta tahun depan (2019) untuk meneruskan program menjadikan sekolah-sekolah in lebih baik termasuk penyediaan air bersih dan elektrik untuk manfaat para pelajar dan guru meskipun pendidikan d bawah bidang kuasa persekutua­n,” katanya.

Abang Johari berkata, sekarang adalah masa untuk rakyat Sarawak menentukan nasib mereka sendiri kerana sepanjang 55 tahun lalu, orang lain yang mencorakka­n masa depan Sarawak sebab neger ini mempercaya­i mereka.

“Oleh itu, bermula dar sekarang, anak Sarawak khasnya para pelajar mesti belajar bersungguh-sungguh dan bekerja keras memperoleh ilmu pengetahua­n setinggi mungkin agar anda dapat member sumbangan bermakna kepada pembanguna­n Sarawak.

“Kita mesti membantu dir sendiri dan berhenti bergantung kepada orang lain sepanjang masa untuk membantu kita,” ujarnya.

 ??  ?? INOVATIF: Abang Johari melihat hasil ciptaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya yang dipamerkan semasa SELES 2017 Turut kelihatan (dari kiri) Dr Annuar, Gerawat dan Manyin.
INOVATIF: Abang Johari melihat hasil ciptaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya yang dipamerkan semasa SELES 2017 Turut kelihatan (dari kiri) Dr Annuar, Gerawat dan Manyin.
 ??  ?? MESRA: Abang Johari disambut meriah oleh murid-murid SJKC Stampin semasa majlis penyerahan kunci bangunan baharu sekolah tersebut pada 19 November tahun lalu.
MESRA: Abang Johari disambut meriah oleh murid-murid SJKC Stampin semasa majlis penyerahan kunci bangunan baharu sekolah tersebut pada 19 November tahun lalu.
 ??  ?? KREATIF: Abang Johari melihat inovasi kanak-kanak ketika merasmikan Program SELPI di Serian pada 17 Mac tahun lepas.
KREATIF: Abang Johari melihat inovasi kanak-kanak ketika merasmikan Program SELPI di Serian pada 17 Mac tahun lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia