Utusan Borneo (Sarawak)

PETROS usaha Sarawak bagi hak ke atas sumber minyak dan gas

- Oleh Agnes Tugong

SARAWAK antara negeri pengeluar dan penyumbang minyak dan gas terbesar kepada pendapatan Malaysia, namun kekayaan sumber itu tidak dinikmati sepenuhnya rakyat dan negeri ini.

Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak telah melakukan beberapa usaha untuk memastikan hak-hak Sarawak ke atas sumber minyak dan gas ini dikembalik­an.

Antara usaha bijak Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ialah penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). akan membolehka­n Sarawak terlibat aktif dalam industri minyak dan gas.

Bagi memastikan PETROS melaksanak­an peranan yang diamanahka­n secara berhemah, syarikat tersebut diterajui pemimpin- pemimpin berpengala­man dalam industri.

Pelancaran PETROS katanya, menandakan satu lagi kejayaan Sarawak dalam industri minyak dan gas serta sumber baharu untuk mengubah dan melonjakka­n PETROS juga berperanan dalam melindungi kepentinga­n kerajaan negeri dan sumbernya,” katanya pada pelancaran PETROS di Kuching.

Sejak 1975, gas asli cecair dari Sarawak dieksport PETRONAS dan hasil yang diperoleh menyumbang kepada ekonomi negara dan pembanguna­n persekutua­n.

Penubuhan PETROS menurut Abang Johari, akan membolehka­n Sarawak mengambil alih sepenuhnya pengawal se-

PETROS mesti membangunk­an kehadirann­ya yang strategik di Sarawak untuk berkembang dan menyampaik­an manfaat ekonomi secara mampan

perniagaan­nya.” menerusi model

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

Bagi memperkuku­hkan lagi penyertaan dalam industri minyak dan gas, Sarawak mengambil alih 10 peratus ekuiti dalam Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB).

Terma perjanjian ditandatan­gani pada 15 Januari, 2018 antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS pada majlis di Wisma Bapa Malaysia disaksikan Abang Johari.

Pemilikan 10 peratus ekuiti dalam PL9SB ini merupakan satu lagi kejayaan Sarawak pimpinan Abang Johari selepas penubuhan PETROS.

Dengan pemilikan ini, ia akan membolehka­n Kerajaan Sarawak memiliki kepentinga­n dalam keempat-empat aset di Kompleks LNG Bintulu yang merupakan pusat pengeluara­n utama LNG negara.

Kerajaan Sarawak sebelum ini sudah memiliki kepentinga­n lima peratus dalam MLNG Satu Sdn Bhd dan masing- masing 10 peratus pegangan ekuiti dalam MLNG Dua Sdn Bhd dan MLNG Tiga Sdn Bhd.

“Ini merupakan sebahagian kejayaan rundingan antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS.

“Malah ia juga sebahagian inisiatif untuk memastikan Sarawak berperanan aktif dalam industri petroleum negara terutama sektor huluan dan hiliran,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Perjanjian Persetujua­n Pemilikan Ekuit tersebut.

Dalam pada itu, PL9SB memiliki fasiliti pencairan gas asli dan cecair ( LNG) kesembilan di Kompleks LNG Petronas di Bintulu.

Fasiliti pencairan LNG itu mempunyai kapasiti pengeluara­n 3.6 mtpa ( million tons per annum) yang telah memulakan operasi komersial pada Januari 2017 dan menyumbang kepada peningkata­n keseluruha­n pengeluara­n Kompleks LNG Petronas di Bintulu kepada 30 mtpa.

 ??  ?? LANTIK: Abang Johari (tiga kiri) menyerahka­n dokumen pelantikan ahli lembaga PETROS pada pelancaran rasmi PETROS.
LANTIK: Abang Johari (tiga kiri) menyerahka­n dokumen pelantikan ahli lembaga PETROS pada pelancaran rasmi PETROS.
 ??  ?? MANTAP: Abang Johari (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Kerajaan Sarawak dengan Petronas bagi pengambila­lihan 10 peratus ekuiti dalam PL9SB.
MANTAP: Abang Johari (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Kerajaan Sarawak dengan Petronas bagi pengambila­lihan 10 peratus ekuiti dalam PL9SB.
 ??  ?? SUMBER ASLI: Industri minyak dan gas Sarawak menyumbang besar kepada pendapatan negara.
SUMBER ASLI: Industri minyak dan gas Sarawak menyumbang besar kepada pendapatan negara.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia