Utusan Borneo (Sarawak)

SARES, SAWAS perluas bekalan elektrik, air ke luar bandar

- Oleh Marlinda Mardzuki

melaksanak­an tiga strategi utama di bawah Pelan Induk Elektrik Luar Bandar Sarawak dalam usaha kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerangi rumah-rumah di perkampung­an dan rumah panjang terpencil seluruh negeri menjelang 2025.

Pelan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu membabitka­n Skim Elektrik Luar Bandar (RES), Skim Bekalan Kuasa Luar Bandar (RPSS) dan Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES).

Inisiatif itu merangkumi sambungan jaringan grid 33 kilovolt (KV) dan ke bawah, sambungan transmisi grid 132KV dan ke atas serta sambungan talian berdiri sendiri SARES yang sekali gus memberi manfaat bekalan elektrik 24 jam kepada 97 peratus rumah kawasan luar bandar.

Meskipun dicabar faktor topografi dan geografi muka bumi Sarawak dengan taburan kampung berselerak di kawasan pergununga­n dan hulu sungai, namun pelan SARES dilihat mampu menerangi rumah rakyat yang masih bergelap.

SARES bertujuan mengurangk­an beban perbelanja­an penduduk pedalaman yang bergantung kepada jana kuasa minyak diesel dengan pilihan alternatif mengguna teknologi mikro hidro atau solar berbanding terus menggunaka­n diesel yang dipengaruh­i kos pengangkut­an.

Skim RES yang dilaksanak­an sebelum ini turut memiliki batasan yang meminta kerajaan memperluas usaha menerusi skim baharu itu di 323 kampung membabitka­n 8,700 isi rumah di kawasan paling terpencil Sarawak.

Manakala Skim Bekalan Kuasa Luar Bandar (RPSS) melibatkan kerja-kerja mendirikan talian penghantar­an luar bandar dan 20 pencawang yang baharu di kawasan terpencil untuk menyediaka­n sumber bekalan elektrik ke sistem pengagihan tenaga RES.

Memetik akhbar tempatan, Menteri Utiliti Dato Dr Stephen Rundi Utom yang ditemui pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) November lalu berkata, seluruh Sarawak akan menikmati bekalan elektrik menjelang 2025.

“Ketika ini, 91 peratus kawasan pesisir pantai di Sarawak sudah dibekalkan dengan bekalan elektrik manakala di bandar sudah 100 peratus.

“Menerusi SARES, kita ber- harap liputan bekalan elektrik sebanyak 91 peratus, oleh itu kita menyasar peratusan ini akan meningkat kepada 100 peratus menjelang 2025,” katanya. PEMBEKALAN AIR BERSIH

Dalam pada itu, kemudahan bekalan air bersih turut menjadi agenda utama kerajaan dalam membangunk­an Sarawak di mana program Bekalan Air Alternatif Sarawak(SAWAS) antara yang dilaksanak­an bagi membekalka­n air bersih kepada komuniti luar bandar terpencil yang tidak dapat disambung melalui grid bekalan air yang sedia ada.

SAWAS dapat membekalka­n bekalan air bersih menerusi penggunaan teknologi baharu kepada pedalaman Sarawak dan projek ini amat penting untuk memastikan visi Sarawak mencapai 100 peratus liputan bekalan air pada tahun 2025.

SAWAS merupakan sistem bekalan air paling strategik yang berupaya menyediaka­n air bersih kepada penduduk luar bandar terjejas kerana tidak mempunyai saluran paip bekalan air.

Pada masa ini, liputan beka- lan air di kawasan luar bandar adalah 61 peratus dan terdapat keperluan segera untuk menyediaka­n serta membekal bekalan air kepada 39 peratus penduduk luar bandar yang mewakili 114,000 isi rumah.

Kerajaan GPS juga memberi tumpuan kepada usaha membekalka­n elektrik dan air bersih ke sekolah luar bandar.

Untuk tujuan itu, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan kirakira RM50 juta untuk membekalka­n tenaga elektrik kepada 113 sekolah rendah di seluruh negeri ini

Manakala untuk bekalan air bersih pula, Kerajaan Sarawak akan memastikan sekolah menikmati bekalan air bersih yang mana ada antara mereka masih lagi bergantung kepada sumber air hujan, air graviti, perigi dan sungai yang mana kualiti bekalan airnya diragui, katanya semasa persidanga­n DUN November lalu.

Sementara itu, Kerajaan Sarawak komited memperluas­kan liputan bekalan air terawat melalui pelaksanaa­n projek itu yang dijangka bermula tahun ini

Baru- baru ini, Kerajaan Sarawak telah memperuntu­kkan kira-kira RM2.8 bilion bagi membiayai projek bekalan air bersih (terawat) di kawasan yang sering mengalami gangguan bekalan air.

Projek ini akan dilaksanak­an dalam tempoh dua tahun dan dibahagika­n kepada sembilan pakej.

Seiring visi Abang Johar untuk menyediaka­n bekalan air berdaya tahan di seluruh neger menerusi sistem grid bekalan air, fasa pertama program Grid Bekalan Air Sarawak bag kawasan mengalami masalah bekalan air kritikal melibatkan 251 projek dijangka siap pada 2020.

Projek berkenaan melibatkan kos keseluruha­n RM3.92 bilion dan dianggarka­n RM2.8 bilion diperuntuk­kan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Projek- projek ini akan dilaksanak­an dan dijadual siap dalam tempoh dua tahun dengan 249 projek dijadual siap pada 2020 dan dua lagi sedikit terlewat.

“Setakat ini, lima projek telah siap dan 24 lagi ketika ini masih dalam pembinaan manakala baki projek di pelbagai peringkat reka bentuk dan tender,” Dr Rundi ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Utiliti pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) November lalu.

 ??  ?? TERBAIK: Abang Johari dan Rundi hadir semasa menyempurn­akan majlis pelancaran SAWAS Pakej 1 di Rumah (rh) Banta Sungai Sigu di Sebauh pada Oktober lepas.
TERBAIK: Abang Johari dan Rundi hadir semasa menyempurn­akan majlis pelancaran SAWAS Pakej 1 di Rumah (rh) Banta Sungai Sigu di Sebauh pada Oktober lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia