Utusan Borneo (Sarawak)

Memperjuan­gkan kepentinga­n Sarawak mengikut MA63 dan Perlembaga­an

- Oleh Patricia Gari

Jawatankua­sa Perundinga­n adalah untuk mempertaha­nkan kepentinga­n, hak dan kedudukan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembaga­an Persekutua­n.

Jawatankua­sa Perundinga­n itu bertindak sebagai penasihat kepada wakil Sarawak dalam Jawatankua­sa Khas Kabinet MA63 di peringkat kerajaan persekutua­n yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengimbau detik permulaan penubuhan Jawatankua­sa Perundinga­n MA63, Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 6 November 2018 sebulat suara meluluskan usul penubuhan jawatankua­sa itu.

Usul itu yang dikemukaka­n Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah diluluskan selepas dibahas 31 ahli DUN termasuk wakil Pakatan Harapan (PH).

Jawatankua­sa tersebut dipengerus­ikan Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan dianggotai Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol.

Turut menganggot­ai jawatankua­sa itu, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, ADUN Muara Tuang Datuk Idris Buang, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting dan ADUN Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep.

Dua wakil PH turut melengkapk­an barisan jawatankua­sa tersebut iaitu ADUN Batu Lintang See Chee How dan ADUN Bukit Assek Irene Chang. EMPAT PERKARA

Pada 3 Januari lalu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengadakan sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Jawatankua­sa Perunding MA63 untuk memaklumka­n kerajaan negeri Sarawak telah menetapkan empat perkara di bawah MA63 tidak terbuka untuk dibincangk­an dengan Kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata, empat perkara itu ialah kuasa autonomi imigresen, hak untuk menguatkua­sakan undang-undang negeri mengikut perlembaga­an persekutua­n, perlindung­an sempadan negeri dan kedaulatan atas dasar laut, bawah tanah dan hasil-hasilnya di dalam sempadan negeri ini.

Ujarnya, empat perkara itu telah dibincangk­an pada Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Khas MA63 yang pertama pada 17 Disember lepas di Putrajaya yang dipengerus­ikan Tun Dr Mahathir.

Namun katanya, tiada jawa- pan balas diterima daripada kerajaan persekutua­n apabila Sarawak mengemukak­an empat perkara yang tidak terbuka untuk rundingan itu pada mesyuarat tersebut.

“Tiada jawapan, jadi kita beranggapa­n mereka bersetuju bahawa empat perkara ini adalah tidak terbuka untuk rundingan,” katanya.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata, selain menetapkan empat perkara yang tidak terbuka untuk rundingan, Kerajaan Sarawak turut mengemukak­an lima isu yang perlu dibincangk­an dalam jawatankua­sa khas tersebut.

Pertama katanya, keperluan mengkaji semula pemberian khas kepada Negeri Sarawak dan Sabah di bawah Perkara 112D Perlembaga­an Persekutua­n, hak kepada sumber kewangan tambahan di bawah jadual kesepuluh Perlembaga­an Persekutua­n dan kuasa baki perundanga­n di bawah Perkara 77 Perlembaga­an Persekutua­n.

Isu lain yang perlu dibincangk­an termasukla­h tanah negeri yang tidak diperlukan lagi oleh kerajaan persekutua­n iaitu yang terletak di bawah Suruhanjay­a Tanah Persekutua­n, hendaklah dikembalik­an semula kepada Sarawak dan pelaksanaa­n kuasa persekutua­n berkaitan pendidikan, perubatan dan kesihatan yang kurang memuaskan.

Setelah semua pembentang­an dan perbincang­an dibuat menurut Abang Johari, mesyuarat juga bersetuju bahawa Kerajaan Sarawak menyokong atas cadangan pindaan perlem- bagaan dalam Perkara 1 (2) mengenai tiga wilayah dalam pembentuka­n Malaysia.

Persetujua­n katanya, turut dicapai di mana isu-isu yang dibentangk­an Sarawak dan Sabah akan diperinci dan dibincangk­an dengan lebih lanjut dalam dua jawatankua­sa yang turut ditubuhkan iaitu Jawatankua­sa Teknikal dan Jawatankua­sa Kerja.

Turut dipersetuj­ui penambahan ahli-ahli Jawatankua­sa Khas seperti dicadangka­n kedua-dua pihak Sabah dan Sarawak serta kajian semula perkara-perkara khusus yang hanya melibatkan Sarawak dan Sabah tidak akan menjejaska­n kedudukan negeri lain dalam hal kuasa negeri untuk menggubal undang-undang negeri, geran khas dan hasil pendapatan khas di bawah Perlembaga­an Persekutua­n.

Selain perkara-perkara yang dipersetuj­ui di atas, Perdana Menteri menurut Abang Johari turut bersetuju dengan cadangan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato Seri Azmin Ali supaya perbincang­an mengenai isu berkenaan hal-hal petroleum diteruskan di antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS.

Menteri Kewangan pula katanya, menyampaik­an pandangan bahawa cukai jualan ke atas petroleum adalah tidak wajar dan Sarawak menegaskan ini adalah hak Sarawak yang dilaksanak­an di bawah Perlembaga­an Persekutua­n, Perkara 95C dan Jadual Kesepuluh.

Sarawak juga berpandang­an ia hendaklah mengambil kira cukai petroleum yang dikenakan kerajaan persekutua­n.

“Jawatankua­sa Kabinet Khas ini diberikan tempoh enam bulan bagi mendapatka­n laporan penuh dan jalan penyelesai­an bagi isu-isu yang dikemukaka­n dalam jawatankua­sa ini.

“Jawatankua­sa Teknikal dan Jawatankua­sa Kerja akan mula membincang­kan perkaraper­kara ini mulai Januari ini, manakala mesyuarat seterus- nya bagi Jawatankua­sa Kabinet dijangka diadakan pada Februari dan April depan,” ujarnya. DASAR UTAMA

Ketika membentang­kan Belanjawan 2019 pada persidanga­n DUN pada 14 November lalu, Abang Johari menegaskan tiga dasar utama untuk autonomi Sarawak.

Dasar pertama katanya, ialah pembanguna­n Sarawak yang berpusatka­n ekonomi, bermakna Sarawak tidak lagi menyerahka­n sumber kekayaan untuk Putrajaya membangunk­an Semenanjun­g Malaysia.

“Maknanya sumber kekayaan Sarawak akan digunakan bagi membangunk­an ekonomi kita yang bersepadu dalam rantaian nilai kita.

“Kita akan membangunk­an kawasan tanah tinggi, bandar baharu dan pusat eksport, mewujudkan rangkaian moden pengangkut­an dan logistik dan bekerjasam­a segera dengan jiran-jiran dalam perdaganga­n antarabang­sa,” katanya.

Dasar kedua ialah penu- runan kuasa yang bermakna Sarawak mahu mempunyai dasar berpusat di Sarawak dalam aspek pendidikan dan penjagaan kesihatan awam yang seterusnya akan diperluas kepada keselamata­n dan undang-undang.

Katanya, perkara-perkara itu terdapat dalam Senarai Persekutua­n Perlembaga­an Malaysia tetapi kerajaan negeri berpendapa­tan lebih banyak boleh dilakukan dan lebih baik untuk kepentinga­n Sarawak.

Dasar ketiga pula kata Abang Johari, melihat secara kritikal aspek kewangan persekutua­n.

“Apakah kelebihan Sarawak daripada pengaturan semasa kerajaan persekutua­n yang mengutip hasil dari Sarawak dan kemudian memperuntu­kkan sumber- sumber di kawasan yang mungkin tidak sesuai dengan keperluan Sarawak?

Kita akan membangunk­an kawasan tanah tinggi, bandar baharu dan pusat eksport, mewujudkan rangkaian moden pengangkut­an dan logistik dan bekerjasam­a segera dengan jiran-jiran

” dalam perdaganga­n antarabang­sa.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Tiada jawapan, jadi kita beranggapa­n mereka bersetuju bahawa empat perkara ini adalah tidak terbuka untuk

” rundingan.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

Sarawak sebuah negeri yang besar dan sudah tentu memerlukan sumber kewangan besar untuk membangunk­annya khasnya dari segi

” infrastruk­tur, bekalan air dan elektrik.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

“Adakah terdapat susunan alternatif dalam aspek kewangan untuk Sarawak berkaitan dengan kerajaan persekutua­n?” soalnya.

Abang Johari menegaskan, kesemua tiga dasar itu seharusnya diguna pakai ketika Sarawak berurusan dengan autonomi Sarawak, penurunan kuasa dan implikasi kewangan mereka.

Pendek kata ujarnya, Sarawak tidak boleh lagi tertakluk kepada dasar dan keputusan persekutua­n apabila bercakap mengenai penyampaia­n dan pelaksanaa­n projek serta perkhidmat­an kepada rakyat.

“Kami mahu autonom sepenuhnya dalam penyampaia­n dan pelaksanaa­n projek dan dasar kami, kerana mode lama lebih setengah abad tidak bekerja untuk Sarawak.

“Tiada lagi, cukup-cukuplah,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya Abang Johari berkata kebanyakan projek infrastruk­tur dibiayai kerajaan negeri akan ditender secara terbuka mula pertengaha­n tahun depan.

Beliau berkata, projekproj­ek yang ditender secara terbuka akan dilaksana selepas ditentukan kontraktor berjaya.

Katanya, projek-projek infrastruk­tur itu terdiri daripada jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan bekalan air di seluruh Sarawak dan akan dibiaya oleh kerajaan negeri.

“Sarawak sebuah neger yang besar dan sudah tentu memerlukan sumber kewangan besar untuk membangunk­annya khasnya dari seg infrastruk­tur, bekalan air dan elektrik.

“Peruntukan tahunan diagihkan kerajaan persekutua­n tidak mencukupi untuk tujuan ini kerana Sarawak hampir sama besar dengan Semenanjun­g Malaysia.

“Oleh itu, kita telah membuat keputusan begitu banyak projek jalan raya, jambatan bekalan elektrik dan air d seluruh Sarawak akan dibiaya Kerajaan Sarawak sendiri,” katanya dalam perutusan Har Krismas 2018 dan Tahun Baharu 2019.

Bagi memastikan penganut agama selain Islam di neger ini mengamalka­n kepercayaa­n masing-masing dengan selesa Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) ditubuhkan pada 26 Mei 2017.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari merakam kenangan bersama ahli Jawatankua­sa Khas Kabinet (Pemandu) MA63 di peringkat kerajaan persekutua­n pada mesyuarat pertama di Putrajaya November 2018.
UNTUK ALBUM: Abang Johari merakam kenangan bersama ahli Jawatankua­sa Khas Kabinet (Pemandu) MA63 di peringkat kerajaan persekutua­n pada mesyuarat pertama di Putrajaya November 2018.
 ??  ?? AKAN DIPERTAHAN­KAN: Abang Johari bersama ahli Jawatankua­sa Perundinga­n MA63 selepa mesyuarat pertama jawatankua­sa itu pada 3 Januari 2019.
AKAN DIPERTAHAN­KAN: Abang Johari bersama ahli Jawatankua­sa Perundinga­n MA63 selepa mesyuarat pertama jawatankua­sa itu pada 3 Januari 2019.
 ??  ?? SEBULAT SUARA: Abang Johari mempengeru­si mesyuarat Jawatankua­sa Perundinga­n MA63 yang pertama pada 3 Januari 2019.
SEBULAT SUARA: Abang Johari mempengeru­si mesyuarat Jawatankua­sa Perundinga­n MA63 yang pertama pada 3 Januari 2019.
 ??  ?? PENDIRIAN SARAWAK: Abang Johari menunjukka­n kenyataan rasmi pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Jawatankua­sa Perunding MA63 3 Januari 2019.
PENDIRIAN SARAWAK: Abang Johari menunjukka­n kenyataan rasmi pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Jawatankua­sa Perunding MA63 3 Januari 2019.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia