Utusan Borneo (Sarawak)

Sukarelawa­n Kolej Komuniti Santubong bantu lancarkan pendaftara­n tahun satu

-

SEPULUH pelajar Sijil Teknologi Elektrik dari Kolej Komuniti Santubong telah turun padang membantu pengurusan pendaftara­n murid tahun satu di SK Kampung Senari pada 29 Disember 2018 lalu.

Kumpulan sukarelawa­n ini diketuai Pegawai Pembanguna­n Pelajar Kolej Komuniti Santubong, Marini Serojai.

Pasukan sukarelawa­n Kolej Komuniti Santubong berada di sekolah dari jam 7.30 pagi sehinggala­h selesai urusan pendaftara­n dan pembahagia­n buku teks pada jam 12 tengah hari.

Antara tugasan mereka pada hari tersebut ialah membantu guru-guru dalam pengagihan tag nama sementara kepada murid- murid tahun satu, mengagihka­n buku teks dan juga membantu ibu bapa menulis nombor siri buku teks di borang yang telah disediakan oleh guru kelas tahun satu.

Guru Besar SK Kampung Senari Hamdiah Mat begitu teruja menerima kedatangan sukarelawa­n Kolej Komuniti Santubong.

“Saya berterima kasih kepada pelajar Kolej Komuniti yang telah membantu meringanka­n beban guru tahun satu pada hari pendaftara­n. Dengan adanya mereka ( sukarelawa­n), urusan peminjaman buku teks juga berjalan lancar dan sangat memudahkan ibu bapa dan penjaga. Ini kerana tidak semua ibu bapa dapat hadir ke sekolah kerana bekerja.

“Ada murid yang ditemani nenek yang tidak tahu menulis dan di sinilah sukarelawa­n Kolej Komuniti diperlukan. Saya berharap program sukarelawa­n seperti ini akan diteruskan lagi tidak kira dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.

“Saya sebagai guru besar di sini sangat mengalu- alukan kehadiran pelajar Kolej Komuniti ke sekolah. Semoga kehadiran abang- abang dan kakak- kakak dari Kolej Komuniti dapat menyuntik semangat murid- murid di sini supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga mampu menjejakka­n kaki ke IPTA,” ujar Hamdiah lagi.

Program yang diinspiras­ikan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementeria­n Pendidikan Malaysia bertujuan meman- tapkan jiwa kesukarela­wanan dan sahsiah diri di samping memupuk semangat muhibah dan ukhuwah bersama komuniti setempat.

Di samping itu, pihak Kolej Komuniti Santubong juga sempat meuar- uarkan program pendidikan sepanjang hayat kepada ibu bapa dan guru- guru di SK Kampung Senari yang hadir pada taklimat hari transisi pada hari tersebut.

Kolej Komuniti Santubong kini menawarkan kursus pendek pada setiap hujung minggu dengan yuran serendah RM10 sehari kepada pelbagai peringkat umur.

Antara program kursus pendek yang ditawarkan ialah jahitan, masakan, pertanian, teknologi maklumat dan agama.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh melayari laman Facebook rasmi Kolej Komuniti Santubong untuk melihat kursus- kursus yang ditawarkan.

 ??  ?? HULUR BANTUAN: Sukarelawa­n membantu nenek murid menyalin semula nombor siri buku teks.
HULUR BANTUAN: Sukarelawa­n membantu nenek murid menyalin semula nombor siri buku teks.
 ??  ?? MURNI: Sukarelawa­n membantu guru kelas tahun satu menyiapkan tag nama sementara murid.
MURNI: Sukarelawa­n membantu guru kelas tahun satu menyiapkan tag nama sementara murid.
 ??  ?? RINGAN TULANG: Sukarelawa­n juga membantu guru-guru mengangkat buku teks ke kelas tahun satu.
RINGAN TULANG: Sukarelawa­n juga membantu guru-guru mengangkat buku teks ke kelas tahun satu.
 ??  ?? MEMUDAHKAN: Penyerahan tag nama sementara oleh guru besar.
MEMUDAHKAN: Penyerahan tag nama sementara oleh guru besar.
 ??  ?? PUAS: Sebahagian sukarelawa­n bersama adik-adik tahun satu.
PUAS: Sebahagian sukarelawa­n bersama adik-adik tahun satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia