Utusan Borneo (Sarawak)

Gunakan teknologi, pesan ketua hakim kepada peguam

-

DENGAN slogan: ‘Kini boleh bekerja di manamana’, para peguam kini boleh mengendali­kan kes mereka di manamana pun dengan bantuan sistem teknologi yang diperkenal­kan oleh pihak kehakiman negara bertujuan mewujudkan sistem mahkamah yang lebih efektif, kata Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum kelmarin.

Beliau berkata penggunaan tekonologi membantu menyelesai­kan banyak masalah seperti kesesakan di tempat parkir kenderaan dan beg berat yang dibawa peguam ke mahkamah.

“Kami tahu akan kesulitan para peguam ketika datang ke mahkamah untuk mendapatka­n tarikh pendengara­n kes mereka. Kami juga melihat keadaan tempat parkir yang penuh sesak. Kami bersimpati dengan beg berat yang dibawa peguam-peguam ke mahkamah. Jadi, tindakan kami ialah menggunaka­n teknologi. Kita kini di zaman Revolusi Industri 4.0.

“Kita mesti menyesuaik­an diri dengan teknologi untuk mampu bersaing dengan berjaya. Itulah saja caranya. Jadi, kami memperkena­lkan sistem ‘E-review’ dalam pengurusan kes. Di peringkat rayuan, semua pengurusan kes kini dilakukan secara dalam talian,” kata beliau ketika berucap pada majlis Pembukaan Tahun Perundanga­n 2019, yang diadakan di sebuah hotel di Putrajaya, kelmarin.

Malanjum berkata dengan langkah itu, tiada lagi peguam yang perlu beratur mulai jam 9 pagi kerana mereka boleh mengendali­kan pengurusan kes dengan penuh selesa sama ada di pejabat atau di rumah mereka.

Malanjum berkata sistem itu yang telah dimanfaatk­an sejak beberapa tahun ini akan diperluask­an untuk merangkumi sistemsist­em mahkamah yang lain menjelang bulan Mac tahun ini dan juga ke Sabah dan Sarawak.

“Kami sedar tiket penerbanga­n semakin mahal dan begitu juga bayaran sewa hotel, ini menambah beban pelanggan dan orang ramai.

“Kami juga tahu terdapat kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Persekutua­n antara Kuala Lumpur dan Shah Alam. Kami telah ambil tindakan. Menjelang akhir bulan ini kita sudah boleh mengadakan Sidang Video antara Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Shah Alam,” kata beliau.

Malanjum berkata kemudahan itu akan diperluask­an ke daerahdaer­ah lain tidak lama lagi dan pihaknya juga sedang dalam perancanga­n mewujudkan Mahkamah Maya menggunaka­n teknologi hologram berbanding sidang video, tetapi itu akan diadakan pada masa yang lain.

Beliau turut menyentuh mengenai hakim-hakim di Mahkamah Persekutua­n yang kadangkala ternampak gelagat peguam tertidur ketika menunggu giliran untuk membentang­kan kes mereka ketika prosiding di Mahkamah Persekutua­n.

Beliau berkata untuk mengatasi masalah itu pihak kehakiman memperkena­lkan teknologi Sistem Pengurusan Giliran (Queue Management System) dan pada hari ini para peguam boleh menikmati hidangan tengah hari di kantin tanpa bimbang akan terlepas giliran kerana mereka boleh memantau giliran masing-masing di skrin monitor yang dipasang di kantin atau menerusi telefon bimbit mereka untuk mengetahui bila kes mereka dipanggil.

“Kita kadang-kadang ada membaca blog dan ulasan orang ramai di Internet. Kadang-kadang kita tidak suka apa yang kita baca mengenai mahkamah dan hakim-hakim.

“Berpegang pada peribahasa lama mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kami telah mengambil langkahlan­gkah pencegahan. Selain memastikan para hakim mengisytih­arkan harta mereka, kita juga kini mewujudkan Mekanisme Aduan menerusi talian ‘hotline’ dan media sosial untuk menerima aduan-aduan daripada orang awam mengenai prestasi kami dan juga menerima cadanganca­dangan,” kata beliau.

Malanjum juga berkata kini telah diperkenal­kan Kod Etika Pegawai Perundanga­n yang baharu, serupa seperti Kod Etika Hakim-Hakim untuk memastikan pegawai perundanga­n kami memperliha­tkan standard tatalaku yang tinggi sama ada ketika bersidang atau di luar sidang.

Para peguam juga tidak perlu takut lagi terlepas pandang pemfailan hujah pembelaan atau afidavit kes mereka kerana kini sudah ada sistem Amaran Automatik untuk memperinga­tkan mereka.

“Hakim-hakim juga tidak lagi boleh memberi alasan terlupa apabila berlaku banyak kes bertimbun yang belum didengar.

Sistem ini akan mengingatk­an mereka dan berterusan mengeluark­an peringatan dalam pelbagai warna sehingga kerja-kerja itu diselesaik­an. Inilah yang dikatakan sistem pemantauan.

“Setakat ini segalagala­nya adalah berasaskan teknologi. Itu bukan pengakhira­nnya. Adalah diharapkan menjelang Jun tahun ini mahkamah di Malaysia tidak akan menggunaka­n kertas lagi,” kata beliau.

Beliau menambah, para peguam tidak perlu membawa berikat-ikat dokumen ke mahkamah kerana semua fail kini adalah di dalam bentuk fail maya di dalam Sistem Pengurusan Kes (Case Management System – CMS).

“Bayangkan anda datang ke mahkamah dengan hanya membawa peranti tablet anda. Dan bayangkan juga bahawa anda tidak lagi terikat dengan pejabat anda dan tiada bil sewa bulanan yang perlu dibayar tetapi anda tetap boleh menjalanka­n kerja di mana-mana pun di dunia ini. Dengan slogan ‘Kini boleh bekerja di mana-mana’.

“Sebagai kesimpulan, kerjaya dalam bidang perundanga­n harus menerima pakai teknologi. Tiada pilihan lain. Ia akan menjengah kerjaya perundanga­n tidak lama lagi. Gunakannya atau anda akan ketinggala­n,” kata Malanjum.

Malanjum berkata bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai fungsi-fungsi mahkamah dan Perlembaga­an, pihak kehakiman telah memperkena­lkan program berkaitan dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan.

Katanya sasarannya adalah sekolah-sekolah kerana adalah amat baik kanak-kanak sekolah diajar Perlembaga­an dan Rukun Negara.

Mengenai liputan media berkenaan keputusan-keputusan kes mahkamah, Malanjum berkata demi ketelusan, pihak kehakiman telah mengadakan perbincang­an dengan pihak media mengenai pelaporan berita yang tepat dan memberi bantuan kepada para wartawan menerusi Pusat Media yang terdapat di Istana Kehakiman sekiranya mereka mempunyai masalah berkaitan keputusan mahkamah.

“Sengan cara ini, salah faham di pihak orang awam akan dapat dikurangka­n. Bagi keskes berprofil tinggi, satu buletin tetap mungkin akan dikeluarka­n sepanjang perbicaraa­n itu berjalan. In bagi mengelak sebarang kesilapan pemahaman di pihak awam mengenai isu-isu yang terlibat,” kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Richard (tujuh kiri) bergambar bersama hakim-hakim sebelum bermulanya Pembukaan Tahun Perundanga­n.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Richard (tujuh kiri) bergambar bersama hakim-hakim sebelum bermulanya Pembukaan Tahun Perundanga­n.
 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKAAN: Richard (empat kiri) pada Pembukaan Tahun Perundanga­n di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut kelihatan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim (tiga kiri) dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop (empat kanan).
— Gambar Bernama PEMBUKAAN: Richard (empat kiri) pada Pembukaan Tahun Perundanga­n di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut kelihatan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim (tiga kiri) dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop (empat kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Richard (tengah) memegang gavel untuk merasmikan Pembukaan Tahun Perundanga­n. Turut kelihatan Zaharah (kiri) dan Sri Ahmad.
— Gambar Bernama RASMI: Richard (tengah) memegang gavel untuk merasmikan Pembukaan Tahun Perundanga­n. Turut kelihatan Zaharah (kiri) dan Sri Ahmad.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Richard (dua kiri) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong (dua kanan) melihat buku yang dilancarka­n ‘Panduan Semakan Kehakiman Untuk Pegawai Awam, Suatu Pengenalan’ pada Pembukaan Tahun Perundanga­n di Putrajaya, kelamrin. Turut kelihatan Zaharah (kiri) dan Ahmad.
— Gambar Bernama TERTARIK: Richard (dua kiri) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong (dua kanan) melihat buku yang dilancarka­n ‘Panduan Semakan Kehakiman Untuk Pegawai Awam, Suatu Pengenalan’ pada Pembukaan Tahun Perundanga­n di Putrajaya, kelamrin. Turut kelihatan Zaharah (kiri) dan Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia