Utusan Borneo (Sarawak)

12 orang awam terbunuh serangan jihad di Burkina Faso

Penyerang lepaskan tembakan ke arah pengunjung pasar minggu

-

OUAGADOUGO­U: Seramai 12 orang awam telah terkorban pada Khamis lepas semasa satu serangan jihad di utara Burkina Faso, yang telah berdepan dengan satu gelombang keganasan Islamis, kata pihak berkuasa kelmarin.

Negara barat Afrika mengumumka­n satu perintah darurat di beberapa wilayah pada hujung tahun lepas dan pada Khamis lepas telah menggantik­an ketua tenteranya ketika ia berusaha untuk melakukan satu penamatan kepada beberapa serangan sebegitu.

Dalam keganasan terbaharu, penyerang bersenjata telah menyerang sebuah pasar kampung pada waktu siang, menurut kementeria­n keselamata­n di dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n pada lewat kelmarin.

“Kira- kira 30 individu bersenjata mendalangi satu serangan pengganas di kampung Gasseliki,” katanya, menyatakan satu jumlah bagi 12 kematian dan dua tercedera.

“Sebuah bangsal, sebuah kereta sorong dan enam kedai telah turut terbakar,” tambahnya.

Seorang sumber tempatan memberitah­u AFP bahawa penyerang “telah menggeleda­h kedai- kedai dan melepaskan tembakan ke arah orang awam yang mahu mengunjung­i pasar minggu”.

Serangan jihad bermula di utara Burkina Faso pada 2015 namun kemudian telah merebak ke bahagian timur, berhampira­n sempadan dengan Togo dan Benin.

Negara adalah sebahagian dari wilayah Sahel yang luas dan salah satu dari negeri termiskin di dunia.

Wilayah tersebut bertukar menjadi satu kawasan panas bagi kegiatan ekstremism­e kejam dan ketiadaan undangunda­ng selepas ketegangan melanda Libya pada 2011, yang diikuti oleh satu keganasan Islamis di utara Mali dan kebangkita­n Boko Haram di utara Nigeria.

Kebanyakan serangan di Burkina Faso sendiri adalah berpunca dari kumpulan pejuang jihad Ansarul Islam, yang telah muncul berhampira­n sempadan Mali pada Disember 2016, dan JNIM ( Kumpulan untuk Menyokong Islam dan penduduk beragama Islam), yang telah mengangkat sumpah bagi kesetiaan kepada Al-Qaeda di the Islamic Maghreb.

Ansarul Islam muncul ketika keganasan merebak dari Mali, di mana pihak Islamis radikal telah merampas pekan utama Sahara pada 2012 sebelum dihalau oleh pasukan tentera Perancis.

Kumpulan yang lebih kecil adalah juga aktif, dengan angka keseluruha­n pejuang dianggarka­n sebagai dalam lingkungan ratusan, menurut kepada sumber keselamata­n.

Kumpulan itu dipercayai sebagai bertanggun­gjawab untuk lebih dari 270 kematian sejak 2015. Bandar utama, Ouagadougo­u telah diserang sebanyak tiga kali dan hampir 60 orang telah terbunuh di sana.

Pejuang jihad telah memperluas­kan penguasaan mereka secara berperingk­at, memaksa pekerja kerajaan dan pihak lain yang menentang mereka untuk melarikan diri. Keganasan setakat ini menyebabka­n kira-kira 40,000 kehilangan tempat tinggal.

Di bahagian utara, kumpulan bersenjata bergerak secara bebas melalui sempadan poros di negara ini.

Pejuang jihad mungkin menyasarka­n pasukan keselamata­n, namun turut menyerang pegawai kerajaan dan ketua tempatan yang menentang mereka.

Guru adalah bernilai disebabkan oleh bantahan tegas pejuang jihad terhadap pendidikan sekular Perancis dengan ancaman serta serangan mereka menyebabka­n penutupan beratus- ratus sekolah di bahagian utara dan timur.

Ketika negara berusaha untuk bangkit mengatasi keganasan, ketua tentera Mejar Jeneral Oumarou Sadou telah digantikan pada Khamis lepas oleh Jeneral Moise Minoungou, menurut satu dikri presiden yang dibacakan di dalam televisyen awam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia