Utusan Borneo (Sarawak)

Pertahanan udara Syria tembak jatuh misil Israel

-

Pihak pertahanan udara Syria telah menembak jatuh beberapa biji misil Israel pada lewat kelmarin, lapor agensi berita rasmi SANA, memetik seorang sumber ketenteraa­n.

Kebanyakan dari misil yang dilepaskan oleh “pesawat tentera Israel” telah dihalang pada sekitar jam 11.00 malam waktu tempatan, jelas sumber.

“Hanya sebuah gudang kementeria­n pengangkut­an di lapangan terbang antarabang­sa Damsyik yang terkena tembakan,” SANA memetik sumber ketenteraa­n sebagai berkata.

Agensi berita negara turut memetik seorang sumber kementeria­n pengangkut­an sebagai menyatakan bahawa lapangan terbang telah beroperasi seperti biasa.

Sebelum ini Israel telah melakukan beberapa pengeboman di Syria terhadap apa yang ia katakan sebagai sasaran tentera Iran dan penghantar­an senjata terkini kepada Hizbullah, kumpulan Lubnan yang disokong oleh Iran, kedua-dua merupakan musuh utama bagi negara Yahudi.

Ramai daripada mereka telah berada di kawasan selatan Damsyik.

“Dua kawasan yang menempatka­n kedudukan tentera bagi pasukan tentera Iran dan pergerakan Hizbullah Lubnan telah menjadi sasaran,” menurut badan pemerhati Syrian Observator­y for Hu- man Rights.

Ini adalah berhampira­n dengan lapangan terbang dan sekitar kawasan Kisweh di selatan Damsyik, menurut pihak pemerhati.

Dalam satu laporan lebih awal, SANA telah menyebut tentang kekerapan pertahanan udara Syria menyerang “sasaran musuh”.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah berjanji tidak akan membiarkan Tehran, penyokong Assad melibatkan dirinya dari segi ketenteraa­n di negara yang dilanda peperangan.

Pada 24 Disember, Assad menuduh pasukan udara Israel sebagai menembak misil berhampira­n Damsyik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia