Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Britain dipenjara rancang serangan siber di Liberia

-

Seorang lelaki British telah dipenjarak­an oleh sebuah mahkamah London kelmarin kerana merancang satu serangan siber besar-besaran terhadap sebuah syarikat telekomuni­kasi di Liberia pada dua tahun lepas.

Daniel Kaye, 30, telah dijatuhkan hukuman penjara selepas mengaku bersalah untuk salah guna komputer dan pemilikan harta benda kriminal semenjak lewat 2016 hingga awal 2017.

Mahkamah mendengar penggodam belajar sendiri telah dibayar kira-kira $30,000 (26,000 euro) oleh seorang musuh untuk mengganggu sistem di dalam syarikat telefon bimbit Lonestar MTN, pembekal Internet paling besar di Loberia.

Serangan yang dikenali sebagai gangguan perkhidmat­an (DDoS) telah mengatasi rang- kaiannya dan bermakna pelayannya tidak dapat beroperasi dengan baik, pendakwa raya Robin Sellers memberitah­u mahkamah.

Firma tersebut membelanja­kan sejumlah $600,000 untuk membaiki masalah, kerugian berpuluh juta dolar dalam bentuk pendapatan, menurut beliau.

Peguam Kaye, Jonathan Green, telah mempertika­ikan tentang anggaran Lonestar bagi kerugianny­a adalah “tidak disokong oleh mana-mana bukti”.

“Tiada sesiapa yang meninggal dunia, tiada nyawa yang dalam bahaya, paling teruk pelanggan Lonestar mengalami kelajuan Internet yang perlahan,” kata beliau.

Menjatuhka­n hukuman terhadap Kaye, Hakim Alexander Hugh Milne menyatakan tindakanny­a sebagai satu “serangan yang didorong oleh kewangan yang sinis ke atas perusahaan yang sah”.

Kaye mempunyai dua kerakyatan British dan Israel, telah diekstradi­si dari Jerman pada Ogos, 2017, di bawah waran tangkap Eropah. Itu diikuti dengan satu siasatan bersama oleh Agensi Jenayah Negara (NCA) di Britain dan biro jenayah persekutua­n BKA di Jerman. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia