Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Austria selamatkan pelajar Jerman yang terkandas

-

Tentera Austria mengeluark­an sekumpulan pelajar Jerman dengan helikopter selepas mereka terkandas di sebuah pusat peranginan ski yang diliputi salji kelmarin, manakala badan kecemasan bekerja bertungkus-lumus untuk membersihk­an salji yang memecah rekod di beberapa bahagian yang besar di negara itu.

Pihak tentera berkata ia menggunaka­n dua helikopter untuk mengangkut kumpulan 66 murid dan guru dari stesen ski pusat Kasberg di Gruenau.

Ia terputus selama berharihar­i disebabkan oleh salji tebal yang meliputi kebanyakan kawasan di bahagian barat dan tengah negara.

Kumpulan berkenaan, dari Dortmund di barat Jerman, tiba di sana Sabtu lalu, tetapi stesen itu terpaksa ditutup beberapa hari lalu disebabkan oleh risiko salji runtuh, pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus.

Austria sudah mengalami salji yang memecah rekod selama lebih seminggu. Kebanyakan jalan tidak dapat dilalui disebabkan oleh kekurangan garam jalan yang diperlukan untuk mengetapka­nnya.

Salji yang berhentai membolehka­n askar, anggota bomba, pekerja awam lain dan sukarelawa­n untuk membersihk­an sebahagian salji kelmarin tetapi salji dijangka turun lagi pada hujung minggu ini.

Kira-kira 500 askar sudah dikerahkan untuk membersihk­an jalan dan bumbung d kawasan paling teruk terjejas dan 1,000 lagi bersiap-siaga kata kerajaan.

Kebanyakan negara berada pada tahap amaran salji runtuh tertinggi, selepas tujuh peluncur dan pejalan kasut salji maut sejak Sabtu lalu dan dua pejalan kaki hilang.

Kebanyakan mangsa mat dalam runtuhan salji tetap badan kecemasan berkata dua daripada mereka mati apabila mereka terjatuh ke dalam hanyutan salji yang dalam dan mengalami kelemasan.

Kejuaraan Super G dan turun bukit Piala Dunia wanita yang dijadual diadakan di St Anton pada hujung minggu ini, juga sudah dibatalkan.

Sebuah lagi pusat peranginan, Loser, di wilayah tengah Styria, ditenggela­m sepenuhnya oleh salji seteba lima meter.

Cuaca buruk turut menjejaska­n selatan Jerman di mana tentera juga telah dikerah untuk memberikan bantuan.

Beberapa pemandu terperangk­ap di dalam kereta mereka di lebuh raya A8 ke tenggara Munich manakala 90 penerbanga­n tidak dapat berlepas di lapangan terbang Munich kelmarin.

Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut Khamis lepas selepas ditimpa pokok yang tumbang disebabkan oleh berat salji — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia