Utusan Borneo (Sarawak)

Hungary akan bebas lelaki Syria terlibat rusuhan sempadan 2015

-

Seorang lelaki Syria yang dipenjara di Hungary kerana peranannya dalam rusuhan di sempadan pada 2015 akan dibebaskan pada minggu depan, kata sebuah mahkamah kelmarin, untuk menamatkan kes kontrovers­i yang menyaksika­n Budapest dituduh bertindak dengan melampau.

Ahmed Hamed akan dibebaskan dengan syarat dari penjara pada 19 Januari dan kemudian diusir dari negara itu, kata seorang jurucakap mahkamah di Nyiregyhaz­a, timur Hungary, kepada saluran berita di Hungary, MTI.

Hamed dituduh menggunaka­n megafon untuk merancang keganasan dan melontar batu ke arah polis Hungary untuk memaksa mereka membuka sempadan dengan Serbia pada September 2015.

Rusuhan itu berlaku di kemuncak krisis migrasi di Eropah, sehari selepas kerajaan anti- imigresen yang berpendiri­an keras pimpinan Perdana Menteri Viktor Orban menutup sempadan dengan pagar dawai tajam.

Dalam rusuhan yang berlaku, beberapa puluh pendatang cuba melepasi pagar untuk memasuki Hungary di pos pemeriksaa­n Roszke manakala polis rusuhan menggunaka­n gas pemedih mata dan meriam air untuk menolak mereka balik ke dalam negara Serbia.

Kira-kira 15 anggota polis dan 100-150 pendatang cedera, termasuk kanak-kanak, kata pendakwa raya.

Hamed mengakui melontar polis dengan batu tetapi menafikan dia adalah seorang pengganas.

Hamed, yang tinggal di negara anggota Kesatuan Eropah, Cyprus, selama kirakira sedekad sebelum rusuhan itu berlaku, dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun pada November 2016 di bawah undang-undang antiterori­sme.

Pensabitan­nya kemudian dibatalkan kerana kurang bukti tetapi selepas perbicaraa­n semula pada September lalu, dia diarah untuk menjalani satu pertiga daripada hukuman penjara selama lima tahun – termasuk masa yang sudah dihabiskan dalam tahanan – dan diberi perintah pengusiran dari Hungary.

Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Parlimen Eropah menganggap keputusan asal hukuman 10 tahun terlalu berat, manakala kumpulan hak asasi manusia di Hungary berkata ia adalah produk “perbicaraa­n olok-olok”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBICARA: Dalam gambar fail yang diambil pada 15 Jun 2017 Hamed (tengah) menghadiri perbicaraa­nnya di bangunan mahkamah Szeged, kira-kira 20km dari sempadan Hungary-Serbia.
— Gambar AFP DIBICARA: Dalam gambar fail yang diambil pada 15 Jun 2017 Hamed (tengah) menghadiri perbicaraa­nnya di bangunan mahkamah Szeged, kira-kira 20km dari sempadan Hungary-Serbia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia