Utusan Borneo (Sarawak)

Empat pelancong asing antara tujuh maut kemalangan di Cuba

-

Tujuh orang, termasuk empat pelancong asing, telah terkorban dan 33 orang tercedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah koc di timur Cuba, lapor media tempatan kelmarin.

Seorang lelaki Perancis, seorang wanita Jerman dan dua wanita Argentina adalah di antara yang terkorban, bersama dengan tiga rakyat Cuba, menurut akhbar Venceremos.

Ia menamakan mangsa yang terkorban sebagai Patrick Demer Tesseran berusia 67 tahun, Annegret Frieda Gohike, 59, termasuk Roxana Lauseda Gomez dan Nadis Carolina Flores, kedua-duanya berusia 35 tahun.

Manakala mangsa lain yang dikatakan dalam keadaan serius iaitu tiga rakyat Cuba dan dua rakyat asing, rakyat Sepanyol berusia 42 tahun Felicita Hurtado dan wanita Perancis, Marline Alphonse, 63.

“Daripada 40 penumpang, 22 adalah rakyat asing dari negara-negara seperti Holland, England, Perancis, Mexico dan Kanada,” kata Venceremos.

Koc itu terbalik ketika dipandu di atas jalan raya yang menghubung­kan bandar Baracoa, berhampira­n hujung timur Cuba, ke ibu negara Havana.

Pemandu menyatakan dia telah hilang kawalan terhadap bas disebabkan oleh jalan raya yang basah, mendakwa sebagai telah memandu dengan perlahan, lapor akhbar lagi.

Bagaimanap­un, ia menyatakan menurut beberapa saksi pemandu telah cuba untuk memotong sebuah kenderaan lain ketika dia mendapat- inya dirinya berdepan dengan kenderaan lain dari depan, menyebabka­n dia membelok dengan tiba-tiba dari jalan raya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERIMA RAWATAN: Seorang mangsa menerima rawatan di hospital wilayah Guantanamo, timur Cuba kelmarin.
— Gambar AFP TERIMA RAWATAN: Seorang mangsa menerima rawatan di hospital wilayah Guantanamo, timur Cuba kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? TERBALIK: Gambar serahan yang dikeluarka­n oleh laman sesawang rasmi Cuba www.cubadebate.cu menunjukka­n sebuah bas yang terbalik dekat Guantanamo di timur Cuba ketika di jalan yang menghubung­kan kota Baracoa dekat hujung timur pulau dengan ibu kota Havana pada awal kelmarin.
— Gambar AFP TERBALIK: Gambar serahan yang dikeluarka­n oleh laman sesawang rasmi Cuba www.cubadebate.cu menunjukka­n sebuah bas yang terbalik dekat Guantanamo di timur Cuba ketika di jalan yang menghubung­kan kota Baracoa dekat hujung timur pulau dengan ibu kota Havana pada awal kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia